JOHOR ISYTIHAR CUTI GANTI JIKA AWAL RAMADAN PADA 23 MAC
ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Ahad bersamaan 26 Mac 2023 sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya Awal Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac ini. Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). […]