ROTI LEGENDA BERUSIA LEBIH 80 TAHUN
Dalam arus pemodenan yang kian maju dengan pengendalian masakan menempuh proses transformasi, cara pembuatan roti secara tradisional Salahuddin Bakery masih tidak lapuk ditelan zaman. Kaedah membakar dengan ketuhar batu-bata dan kayu api oleh kedai roti yang telah melonjakkan imej bandar raya Johor Bahru ini telah digunakan sejak tahun 1937 iaitu sebelum kedatangan Jepun […]