JOHOR BERPOTENSI MUNCUL ‘THE NEXT KLANG VALLEY’ – MENTERI BESAR
ISKANDAR PUTERI — Misi menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 juga menyerlahkan potensi Johor menjadi ‘Lembah Klang Kedua’ hasil daripada lokasinya yang strategik dan dibantu oleh pertumbuhan ekonomi yang mampan. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata faktor kedudukan Johor yang strategik serta kemasukan pelabur asing yang sangat menggalakkan dilihat mampu merealisasikan hasrat tersebut. […]