1,000 LAMPU SOLAR LED DITERIMA TAHUN INI
#IskandarPuteri – Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan 1,000 unit Lampu Jalan Kampung (LJK) jenis LED Solar kepada Negeri Johor bagi pelaksanaan projek rintis pemasangan lampu berkenaan pada tahun ini. Projek tersebut dilaksanakan di kawasan luar dan pinggir bandar, perkampungan Orang Asli, kawasan di luar pengoperasian Pihak Berkuasa Tempatan […]