JOHOR DESTINASI PILIHAN PUSAT DATA
Iltizam Kerajaan Negeri memberikan penekanan terhadap agenda pembangunan mampan dan tenaga hijau meletakkan Johor berada di landasan tepat sebagai hab pusat data terbesar serantau. Rangka kerja dan dasar berkaitan kelestarian berpotensi merangsang pembangunan dan pertumbuhan pelaburan di negeri ini, sekali gus membawa manfaat daripada limpahan permintaan pasaran utama ke atas pusat digital baharu. […]