Tag Archive for: sukma sarawak 2024

KHAIRUNNISA ALEEYA SUMBANG PINGAT EMAS PERTAMA JOHOR

  Lagu Bangsa Johor berkumandang buat kali pertama di Bumi Kenyalang apabila Khairunnisa Aleeya menghadiahkan pingat emas sulung buat kontinjen Johor setelah mengungguli sukan berbasikal acara lepas beramai-ramai individu wanita pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024.   Selepas mendapat tempat keempat pada acara kriterium sebelum ini, Khairunnisa mengakui sedikit terkilan tidak dapat mencipta […]

TUAH PENAMPILAN SULUNG ANIQ DI PENTAS SUKMA

  Mewakili negeri kelahiran buat kali pertama untuk acara berbasikal bagi temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 nyata menjadi satu kebanggaan bagi Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman.   Nazirul Aniq yang meminati sukan basikal sejak usia 14 tahun membuktikan bahawa segala penat lelah beliau berhasil selepas memenangi pingat perak bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan […]

JAGA IMEJ BAIK NEGERI JOHOR

  Kontinjen Johor akan memulakan episod baharu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak bulan hadapan selaku juara bertahan dan reputasi ini pasti akan menyebabkan mata peminat sukan tanah air akan memberi tumpuan lebih terhadap semua atlet Johor.   YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor […]

SUKMA XXI: LUASKAN KUASAMU JOHOR

  Semua pengurus pasukan perlu memainkan peranan penting terutama mempersiapkan atlet Johor dalam menghadapi cabaran dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Sarawak, bulan depan.   Ketua Kontinjen SUKMA Johor, YB Datuk Pandak Ahmad memberitahu, persiapan dari segi mental dan fizikal atlet Johor sangat penting kerana ia akan menjadi aset terbaik untuk mencipta […]

INSENTIF KHAS MENANTI PEMENANG EMAS SUKMA

  Kerajaan Negeri menawarkan insentif berjumlah RM10,000 kepada atlet acara perseorangan dan RM20,000 bagi acara berpasukan yang berjaya meraih pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.   Insentif tersebut diumumkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ketika berucap pada Program SUKMA 2024: The Next Chapter di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru […]