JOHOR PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MENERUSI PEMBANGUNAN HOTEL BAHARU DI DESARU COAST

Majlis Pecah Tanah dan Pengenalan Hotel Baharu Ormond Hotels di Desaru Coast telah dirasmikan oleh YB Tuan Pannir Selvam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor. | Foto FB Pannir Selvam
#Pengerang – Destinasi pelancongan di negeri ini khususnya di pusat peranginan Desaru terus diperkukuh menerusi pembangunan hotel baharu, Ormond Hotels yang dijangka mampu memperluas penawaran penginapan serta meningkatkan daya tarikan Johor sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
Pembangunan di kawasan Desaru Coast tersebut menandakan perkembangan baharu dalam industri hospitaliti Johor, khususnya dalam menyediakan pelbagai pilihan penginapan yang menggabungkan reka bentuk tersendiri dengan sentuhan budaya dan identiti tempatan.
Kehadiran Ormond Hotels, jenama di bawah Ormond Group, dijangka akan melengkapkan penawaran pelancongan di Desaru Coast, sekali gus menyokong usaha memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Selain meningkatkan daya saing sektor hospitaliti, pembangunan itu turut berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan, termasuk peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Usaha berkenaan selari dengan aspirasi Kerajaan Johor untuk memperkasa industri pelancongan melalui pembangunan produk dan kemudahan pelancongan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung serta memberikan limpahan ekonomi kepada negeri ini pada masa akan datang.
Terdahulu, Majlis Pecah Tanah dan Pengenalan Hotel Baharu Ormond Hotels di Desaru Coast telah dirasmikan oleh YB Tuan Pannir Selvam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, baru-baru ini.
#TourismJohor
#MehLahJohor
#VisitJohor2026
#MajesticJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



