JOHOR PERLUAS PEMASANGAN LAMPU JALAN KAMPUNG SOLAR DI ENAM DAERAH

Pelaksanaan pemasangan kemudahan Lampu Jalan Kampung Solar melibatkan enam daerah iaitu Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Tangkak dan Muar dengan keseluruhan kerja disasarkan selesai menjelang penghujung November 2026. | Foto FB Israk Abdullah
#IskandarPuteri – Sebanyak 3,833 unit Lampu Jalan Kampung Solar diperuntukkan bagi tahun 2026 menerusi inisiatif Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi meningkatkan kemudahan serta keselamatan penduduk khususnya di kawasan luar bandar.
Daripada jumlah itu, sebanyak 3,333 unit diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan 1,700 unit atau 51 peratus daripadanya telah berjaya dipasang setakat ini, manakala baki pemasangan sedang giat dilaksanakan.
Selain itu, sebanyak 500 unit tambahan lampi jalan solar turut disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memperluas manfaat kemudahan berkenaan kepada lebih ramai penduduk kampung.
Pelaksanaan pemasangan kemudahan terbabit melibatkan enam daerah iaitu Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Tangkak dan Muar dengan keseluruhan kerja disasarkan selesai menjelang penghujung November 2026.
Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik, khususnya di kawasan luar bandar, selain mewujudkan persekitaran lebih selamat dan selesa kepada masyarakat setempat.
Usaha itu bukan sahaja membantu meningkatkan pencahayaan di laluan kampung, malah turut memberi kemudahan kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat, terutama pada waktu malam.
#LampuJalanKampungSolar
#LampuSolar
#JalanKampung
#InfrastrukturJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



