JOHOR SALUR RM226,000 TINGKAT INFRASTRUKTUR SJKT JALAN YAHYA AWAL
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor meluluskan dan menyalurkan sebanyak RM226,000 bagi tujuan menyokong penambahbaikan infrastruktur serta aktiviti pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Peruntukan itu merangkumi RM26,000 yang telah disalurkan sebelum ini bagi menyokong keperluan sekolah serta RM200,000 peruntukan baharu untuk kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di sekolah berkenaan. […]
