SEGAMAT, KLUANG DIIKTIRAF BANDAR PELANCONGAN BERSIH ASEAN
#IskandarPuteri – Majlis Perbandaran Segamat (MPS) dan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) menerima Anugerah Standard Bandar Pelancongan Bersih ASEAN bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengiktiraf usaha yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan dalam memperkukuh kebersihan dan kelestarian destinasi pelancongan di Johor. Pengiktirafan tersebut diterima pada Majlis Anugerah Standard Pelancongan […]
