JDT RACING ACADEMY BAKAL BERAKSI NOVEMBER 2026

JDT Racing Team bakal memperkenalkan dua pelumba muda berbakat dari Johor yang akan mewakili JDT Racing Academy dalam kategori WIRA di Pusingan Ke-8 Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung November ini.
#IskandarPuteri – Susulan kejayaan bersejarah JDT Racing Team merangkul dua gelaran utama dalam kategori Asia Superbike 1000 (ASB1000) Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, pasukan tersebut kini terus mengorak langkah memperkasakan arena sukan permotoran.
JDT Racing Team bakal memperkenalkan dua pelumba muda berbakat dari Johor yang akan mewakili JDT Racing Academy dalam kategori WIRA di Pusingan Ke-8 Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung November ini.
Pengumuman ini secara tidak langsung membuka peluang keemasan kepada bakat muda tempatan untuk menimba pengalaman berharga, sekali gus membina kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi.
Aksi pelumba muda JDT Racing Academy ini bakal menggegarkan Litar Medini Iskandar pada 21 dan 22 November 2026. Kemasukan adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir bagi memberikan sokongan.
Luaskan Kuasamu Johor.
#JohorSafeZone
#JDTRacingTeam
#JDTRacingAcademy
#TheTMJeffect
#WeAreAMovement
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


