KOTA TINGGI TURUT NIKMATI MANFAAT BANTUAN PENDIDIKAN ISLAM

YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada Program Ramah Mesra Aidilfitri dan Penyerahan Bantuan Pasca Ramadan di Dewan Masjid Bandar Kota Tinggi. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#KotaTinggi – Selepas daerah Johor Bahru dan Kulai, usaha Kerajaan Johor untuk menyemarakkan syiar Islam khususnya dalam pendidikan agama di negeri ini diteruskan ke daerah Kota Tinggi bagi meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan masyarakat, selain memastikan setiap kumpulan sasaran menerima bantuan yang telah disediakan.
Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menyediakan bantuan khas kepada Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS) yang melibatkan tiga kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) iaitu tiga IPIS di Sedili; Tanjung Surat (dua IPIS) dan Penawar (dua IPIS).
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM110,00 bagi inisiatif Bantuan Kebajikan Sekolah (BKS) yang akan memberi manfaat kepada 33 sekolah di daerah ini. Turut disediakan ialah dana bagi pengurusan tahfiz berjumlah RM113,730 kepada lima sekolah serta Bantuan Insentif Kantin Halal kepada empat kantin di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM12,000.
Antara bantuan lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di daerah ini ialah Bantuan Khas Guru Tahfiz dan Pondok dengan jumlah peruntukan RM21,500 yang melibatkan 43 penerima manakala 19 penerima pula menerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) bagi kategori jurunikah.
Tiga kawasan DUN di daerah Kota Tinggi juga turut menerima agihan dana sumbangan dalam bentuk cek cura bagi tujuan Bantuan Kesihatan Pelbagai dengan DUN Panti menerima sumbangan sebanyak RM15,600 manakala DUN Tanjung Surat dan Johor Lama pula masing-masing menerima RM24,000 bagi tempoh dua tahun.
Sementara itu, DUN Pasir Raja dan Sedili pula menerima Bantuan Sara Hidup sebanyak RM18,000 manakala DUN Penawar pula menerima peruntukan sebanyak 14,400 bagi tempoh yang sama, sekali gus mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan yang memerlukan di negeri ini.
Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir ke Program Ramah Mesra Aidilfitri dan Penyerahan Bantuan Pasca Ramadan di Dewan Masjid Bandar Kota Tinggi, hari ini.
Turut hadir ialah YB Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor.
Hadir sama ialah YBhg Tuan Haji Nasri Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan YBhg Tuan Haji Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.
#JohorSafeZone
#PPIDKotaTinggi
#MAINJ
#JAINJ
#PIJ
#BKJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


