Entries by Farhan Khair Fawazul Khair

JDT ‘BERJIMAT’ DEMI MASA HADAPAN

  Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan transformasi berskala besar menjelang musim 2024 dan 2025. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, beberapa perubahan bakal dilakukan membabitkan kakitangan termasuk pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab. Beliau juga memaklumkan Harimau Selatan perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. Langkah […]

KEJAYAAN JDT JADI MOTIVASI GADIS KRIKET JOHOR

Pasukan kriket Wanita Johor B19 melakar kejayaan bersejarah apabila muncul juara pertama dalam Kejohanan Kriket Malaysia B19 Antara Negeri yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, baru-baru ini. Lebih manis, kejayaan pasukan kriket terbabit hadir selepas mendapat suntikan semangat dan inspirasi daripada kejayaan luar biasa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam memenangi […]

MENTALITI MENANG JDT KINI JADI INSPIRASI KEPADA SEMUA SUKAN DI JOHOR

Siapa sangka dalam tempoh 10 tahun, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melakar rekod bersejarah sebagai satu-satunya pasukan di Malaysia yang memenangi kesemua piala domestik selama dua tahun berturut-turut. Kepimpinan dan kewibawaan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang sentiasa menerapkan mentaliti menang kepada setiap barisan pengurusan dan pemain ternyata menjadi […]

PUSAT AKUATIK MBJB LARKIN MENEPATI PIAWAIAN ATLIT RENANG PARA

Presiden Persatuan Renang Para Johor, YB Alwiyah Talib berbesar hati mengumumkan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Larkin sebagai lokasi pertama penganjuran Kejohanan Kebangsaan Renang Para 2023 yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Disember ini. Ia secara tidak langsung menjadikan Negeri Johor sebagai lokasi luar pertama menganjurkan kejohanan berkenaan selepas beberapa tahun ia […]

GELARAN ‘DOUBLE TREBLE’ MENANTI JDT

  Selepas sedekad dibawah naungan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di landasan terbaik untuk memburu piala seterusnya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 edisi ke-97 sekali gus akan mencatatkan satu lagi pencapaian menakjubkan iaitu gelaran ‘double treble’.   Impian besar ini hadir selepas […]

AKADEMI JDT JULANG DUA PIALA BAGI MENUTUP MUSIM 2023

Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup kalendar musim 2023 dengan penuh bergaya apabila berjaya menjuarai Puma Youth Champions League dan Piala Liga Bola Sepak KPM 2023 Bawah 17 tahun di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, semalam. ‘Ubi Muda’ JDT sepatutnya turut mendakap satu lagi kejuaraan iaitu Piala Liga Bola Sepak KPM 2023 Bawah 14 […]

JDT TUMBANG DI PENTAS BOLA SEPAK TERTINGGI ASIA

  Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur apabila tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale dari Jepun untuk aksi kelima Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023. Kekalahan tersebut menyebabkan laluan JDT ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) agak berliku apabila skuad Harimau Selatan kekal berada di tangga ketiga Kumpulan I dengan […]

MISI ‘BANZAI’ JDT DI JEPUN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan berhadapan dengan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale bagi aksi kelima kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) hari ini. JDT yang kini berada di tangga ketiga kini berkongsi enam mata dengan pasukan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan yang dipisahkan dengan dua perbezaan jaringan gol. Justeru, kemenangan menentang Kawasaki […]

AKADEMI JCS TERUS MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG UTM

  Seramai 20 Pegawai Tadbir Negeri Johor menerima Diploma Profesional PascaSiswazah Pengurusan Tanah daripada Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (Akademi JCS) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Majlis Konvokesyen ke-67 UTM kali ini.   Graduan, Mohammad Irfan Akmal Mohammad Ghazali yang kini bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, memberitahu beliau berasa gembira di […]

JDT HAMPIRI MISI ‘INVINCIBLE’

Meski pun sudah sah dinobatkan sebagai Juara Liga Super Musim 2023, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata tidak menghalang skuad Harimau Selatan daripada terus ‘bernafsu’ apabila mudah menundukkan Kuching City 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi. Ia sekali gus mencerahkan peluang JDT untuk meraih lagi satu pengiktirafan sebagai ‘pasukan tidak […]