Entries by Farhan Khair Fawazul Khair

HOKI PEREMPUAN JOHOR ‘GEGO’ KUANTAN

  Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) Mersing, Johor muncul juara kategori emas perempuan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat Kebangsaan 2024 Piala Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), semalam.   Diterajui Andik Nur Zahirah Mohd Johari selaku kapten pasukan, SMSSI berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan […]

TERIMA KASIH JDT UNTUK PENGALAMAN BERHARGA

  Cabaran Malaysian University Football Team (MUFT) dalam saingan Piala FA 2024/25 berakhir dengan penuh bermakna meskipun tewas agregat besar kepada penyandang juara, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir.   Wakil tunggal Liga A1 Semi-Pro Kejuaraan MBSB Bank 2024/2025 tumpas 5-0 pada suku akhir pertama minggu lalu dan 8-0 suku akhir […]

JDT ‘JUNJUNG’ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  Sejak Kod Undang-Undang Hammurabi diperkenalkan oleh pemerintah di negeri Babylon pada 1772 sebelum masihi (SM), kehidupan manusia mula ditentukan oleh satu peraturan yang bukan sahaja mengawal tingkah laku tetapi juga menjadi pegangan, etika dan juga gaya hidup pada waktu itu, sekali gus membina ketamadunan negara bangsa yang unggul.   Sejajar dengan perkembangan semasa, undang-undang […]

PBNJ SATU-SATUNYA PERSATUAN SUKAN TERIMA PENGGREDAN GERAN A

  Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjadi persatuan sukan tunggal yang berjaya menerima penggredan Geran A yang berjumlah RM100,000 tahun ini sekali gus mengulangi pencapaian sama buat kali ketiga berturut-turut sejak 2022.   Penarafan terbaharu itu secara tidak langsung meletakkan PBNJ di satu aras yang lebih tinggi selepas mengambil kira kecemerlangan badan sukan terbabit yang […]

BERSAMA JAYAKAN MISI ‘JOHOR SPORT POWERHOUSE’

  Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Atas dasar kebersamaan dalam memajukan industri sukan di Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) buat julung kalinya, menghimpunkan semua persatuan sukan Negeri Johor dalam satu sesi Johor Sports Townhall 2024 yang diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.   Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YB Mohd […]

KDN FC BUKAN LAWAN YANG MUDAH

  Permainan yang sangat kompak dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) membuktikan mereka bukan satu lawan mudah. Itu pujian yang dilemparkan Pengendali Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio sejurus tamat permainan.   Telahan pengendali berasal dari Argentina ini agak tepat apabila strategi permainan yang ditunjukkan oleh […]

LANGKAH KANAN UNTUK JUARA BERTAHAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan episod baharu di pentas saingan Piala FA dengan melayan kunjungan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.   Apa yang berbeza untuk Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini, kejohanan Piala FA 2024 edisi ke-34 akan bermula dengan penampilan format baharu berbanding edisi sama, […]

TAMPAK MUDA, SIHAT SELEPAS 27 KALI DERMA DARAH

  Kata orang, kalau buat benda baik, pasti perkara yang baik akan kembali kepada kita. Itu manfaat daripada amalan menderma darah yang bukan sahaja membantu golongan penerima tetapi ia akan memberi faedah yang besar kepada penderma darah tersebut sama ada segi kesihatan mental, kesihatan fizikal mahupun dapat menggalakkan interaksi sosial.   Bagi Penderma darah sebanyak […]

ANAK MUDA JOHOR PERLU SENTIASA JADI PENERAJU

  “Saya nak tengok anak-anak Johor tidak mudah terpengaruh. Apa-apa situasi berlaku, mereka boleh fikir dengan rasional, apa yang baik dan tidak baik untuk negeri Johor. Disini kita boleh lihat bahawa pendidikan amat penting untuk anak muda Johor.” – DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.   Bukan sekali dua tetapi sudah agak kerap kita […]

DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL WATAK UTAMA ORANG MUDA JOHOR

  Siapa dapat menduga tarikh keramat 19 September 2020 menjadi detik paling bermakna bagi orang muda di Johor apabila DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor diamanahkan oleh ayahanda baginda, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk mengetuai dan seterusnya memimpin semua aktiviti yang berkaitan belia dan beliawanis di Negeri Johor Darul […]