Entries by Suhana Mohd Ariffin

BANTUAN KOMPUTER RIBA SOKONGAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP ANAK JOHOR DI PERMATA PINTAR

  #HuluLangat – Kerajaan Negeri melalui Pusat PERMATA@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyalurkan bantuan komputer riba sebagai tanda sokongan kepada Anak Johor yang mengikuti sesi pembelajaran di institusi pendidikan berkenaan.   Penyerahan bantuan ini melibatkan seramai 15 pelajar Anak Genius Negeri Johor yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 menerima bantuan komputer riba bagi […]

KUIH BULAN BUATAN MUSLIM SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN MASYARAKAT CINA

  #JohorBahru – Jika sebelum ini kuih bulan atau ‘moon cake’ amat sinonim dengan masyarakat Cina terutama sekali ketika menyambut Tahun Baharu Cina, namun kini hidangan lazat berkenaan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang beragama Islam.   Ini kerana kuih bulan yang kebiasaannya boleh didapati pada akhir Ogos hingga akhir September ketika Festival […]

TUAIAN SERENTAK ESTET KERANG JOHOR CATAT REKOD MBOR

  #Tangkak – Kerajaan Johor bersama Jabatan Perikanan Malaysia mencatat sejarah apabila berjaya meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Program Tuaian Serentak Projek Estet Kerang Negeri Johor berjumlah sebanyak 8 tan metrik.   Kejayaan tersebut melibatkan 17 lot ternakan meliputi Tangkak dengan 4 lot, Batu Pahat (3 lot) serta Pontian (10 lot) sekali […]

SEJARAH DEWAN CINA, ISTANA BESAR JOHOR DIABADIKAN DALAM PENERBITAN

  #JohorBahru – Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru mengorak langkah penting dalam mengangkat sejarah Johor menerusi pelancaran penerbitan buku berjudul ‘Sejarah Dewan Cina, Istana Besar Johor’ yang mendokumentasikan hubungan erat antara Kesultanan Johor Moden dengan masyarakat Cina di negeri ini.   Penerbitan buku ini bukan sahaja merakam perkembangan Dewan Cina yang telah wujud lebih daripada satu […]

RM 28.4 JUTA UNTUK BAIK PULIH PPR DAN RSK DI JOHOR

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) terus komited menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di seluruh negeri ini.   Bagi maksud itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM28.4 juta pada tahun ini, untuk pelaksanaan kerja membaik pulih […]

MPK TINGKAT KAWALAN TRAFIK MELALUI PENGLIBATAN ‘WARDEN LALU LINTAS’

  #Kluang – Majlis Perbandaran Kluang (MPK) memperkenalkan inisiatif ‘Warden Lalu Lintas’ sebagai antara langkah strategik bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan trafik di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan terutama di kawasan tumpuan awam yang sering kali berdepan dengan isu kesesakan lalu lintas serta masalah parkir kenderaan.   Langkah proaktif ini dilaksanakan seiring dengan keadaan […]

‘SAF’ PACU JOHOR KE ARAH TEKNOLOGI BAHAN API DI PERINGKAT GLOBAL

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri bertekad memperkukuh kedudukan Johor dalam memacu teknologi bahan api melalui pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) pertama di Malaysia yang dihasilkan oleh Syarikat Global EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.   Langkah ini merupakan antara penyelesaian praktikal dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon daripada sektor penerbangan, […]

JOHOR BAHRU JUARA KESELURUHAN TILAWAH AL-QURAN NEGERI JOHOR KALI KE-70

#BatuPahat – Daerah Johor Bahru dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-70 Peringkat Negeri Johor Tahun 1447H/2026M dengan memperoleh jumlah permarkahan sebanyak 94.50 peratus.   Bagi kategori Qari, gelaran johan dimenangi oleh Muhammad Saleem Noor Muhamad dari Johor Bahru, manakala kategori Qariah disandang oleh Nurul Nadiah Hashim dari Kluang dengan kedua-duanya membawa pulang […]

USAHA AGRITECH MEMPERLUAS KAEDAH PERTANIAN PINTAR BERTERASKAN IOT

  #JohorBahru- Komitmen Kerajaan Negeri melalui Usaha Agritech Sdn. Bhd yakin dapat memperluas kaedah pertanian pintar berteraskan Internet of Things (IoT), sekali gus berupaya meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kelestarian sektor pertanian dengan fokus utama diberikan terhadap tanaman cili dan terung yang kini sedang diusahakan di ladang berkenaan.   Selain pelaksanaan kaedah pertanian Internet of Things […]

UNI-NATURE RUN @ SEGAMAT 4.0 – PATRIOTISM RUN4UNITY PERKUKUH JATI DIRI MAHASISWA UiTM SEGAMAT

  #Segamat- Seramai 5,000 peserta menyertai larian Uni-Nature Run @ Segamat 4.0 dan Patriotism Run For Unity (RUN4UNITY) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bersama Unit Kesatria dan Kokurikulum serta Persatuan Briged Sukarelawan UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi memupuk nilai jati diri dan semangat patriotisma dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian […]