Entries by Suhana Mohd Ariffin

BOAT RACE @ TANJUNG SURAT JADI ACARA TAHUNAN

  #Pengerang – Perlumbaan bot bakal menjadi acara tahunan bagi Tanjung Surat Fest yang memasuki tahun ketiga penganjuran sejak tahun 2023.   Acara yang julung kali dipertandingkan pada Tanjung Surat Fest 2025 itu menjadi inisiatif bagi menarik kehadiran pengunjung sebagai persediaan Tahun Melawat Johor 2026.   Komitmen untuk menjadikan ‘Boat Race @ Tanjung Surat’ itu […]

ORANG MUDA JOHOR DIGALAK REBUT PELUANG PEKERJAAN

  #Pontian – Orang Muda Johor diseru supaya merebut pelbagai peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh kerajaan dan pada masa sama mereka juga perlu meningkatkan keupayaan, kebolehan dan kelayakkan mereka untuk menembus pasaran dunia pekerjaan.   Justeru, menerusi Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor 2025 ini juga turut menjadi platform penting dalam menekankan aspirasi anak muda […]

BANTUAN MAINJ RINGANKAN BEBAN ANAK JOHOR

#IskandarPuteri – Bantuan pendidikan disediakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) meringankan beban kewangan ibu bapa dan pelajar serta memastikan rakyat di negeri ini mendapat akses pendidikan berkualiti yang menjadi tonggak utama pembangunan Johor.   Bagi Muhammad Khir Amran, 25, pelajar jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir berterima kasih atas bantuan tambang melanjutkan pengajian […]

MURAL PENYERI BANDAR RAYA JOHOR BAHRU

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor memperhebatkan lagi usaha mengindahkan pusat bandar Johor Bahru menerusi lakaran lukisan mural bagi memberi nilai tambah tarikan kepada pengunjung sebagai persediaan Tahun Melawat Johor 2026.   Tiga lukisan mural baharu terdapat di Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Lee Thye Heng dan Jalan Segget itu memberikan wajah baharu […]

MAINJ SERAH BANTUAN PENDIDIKAN RM15.4 JUTA KEPADA PELAJAR JOHOR

  #IskandarPuteri – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyerahkan Skim Bantuan Pendidikan Tahun 2025 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjumlah keseluruhan RM15,491,800.   Daripada jumlah berkenaan, JPNJ menerima RM11,931,200 daripada MAINJ manakala JAINJ pula sebanyak RM3,560,600 melibatkan 77,459 penerima manfaat dengan bantuan disalurkan melalui Persatuan Ibu […]

PKHNJ 2030 BAKAL JADIKAN JOHOR HAB HALAL GLOBAL

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri komited memperkukuhkan industri halal dan menjadikan Johor sebagai hab halal utama di peringkat nasional serta antarabangsa menerusi Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030.   Pelan yang sedang dibangunkan oleh PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJ Holdings) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) itu melibatkan tujuh komponen iaitu pensijilan […]

MAHU PERLUAS TAJ, LAHIR RAMAI KHATAM AL-QURAN AWAL USIA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mewujudkan Tadika Agama Johor (TAJ) baharu di daerah Tangkak bagi menampung permintaan dan keperluan ibu bapa menghantar anak masing-masing ke prasekolah berkenaan untuk mendapatkan pendidikan al-Quran serta pendidikan Islam di peringkat awal usia.   Diwujudkan sejak tahun 2001 dan berada di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri […]

JBIOTECH PERKASA KEMAHIRAN PEKERJA BIOMEDIKAL

  #Tangkak – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan akan terus memperkasa kemahiran bidang mekanikal menerusi Program Peningkatan Kemahiran dan Kompetensi.   Program selama dua hari yang dianjurkan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang itu berjaya menarik 530 peserta, selain ia juga menjadi platform terbaik […]

ASNAF JOHOR KINI DILINDUNGI

  #Muar – Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melancarkan THKhairat dan Takaful Kasih Plus Agrobank bagi menjaga kebajikan serta kesejahteraan asnaf di negeri ini.   Inisiatif Belanjawan Johor 2025 melibatkan peruntukan RM1 juta untuk skim perlindungan takaful dan khairat berkelompok itu bakal memberi manfaat kepada 26,000 penerima.   Skim itu menyediakan […]

PANTAI TELUK MAHKOTA BERWAJAH BAHARU

  #KotaTinggi – Pantai Teluk Mahkota atau dikenali dengan Jason Bay kini berubah wajah apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menaik taraf kawasan berkenaan bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif bagi penduduk setempat dan pengunjung.   Naik taraf melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 950,238 itu meliputi penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur iaitu taman permainan, […]