KERAJAAN JOHOR TUMPU USAHA BANTU BANGSA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri terus memberikan tumpuan kepada usaha mempertingkatkan kemahiran serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, gerak kerja kerajaan negeri untuk membantu rakyat Johor adalah seperti biasa meskipun dalam musim pilihan raya. Menurutnya, kerajaan negeri menerima laporan […]

3 PPS MASIH BEROPERASI, BANJIR SEGAMAT TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Keadaan banjir di daerah Segamat, masih menunjukkan trend tidak berubah setakat jam 8 pagi, hari ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan Segamat merupakan satu-satunya daerah yang terjejas dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka. Ketiga-tiga pusat pemindahan tersebut iaitu Balairaya Kampung Batu Badak, Balairaya Kampung Kuala Paya dan […]

49,280 PENGGUNA TERJEJAS TERIMA REBAT AIR 12 PERATUS

    ISKANDAR PUTERI — Seramai 49,280 pengguna yang terjejas kerana gangguan bekalan air tidak terancang berikutan kejadian paip pecah di Persiaran Seri Alam, dekat Pasir Gudang akan diberikan rebat air sebanyak 12 peratus. Berkongsi mengenai perkara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan khabar gembira tersebut hasil perbincangan antara kerajaan negeri bersama […]

JLM WILAYAH SELATAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MASA

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Laut Malaysia (JLM) menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) di Pejabat JLM Wilayah Selatan di sini, semalam. Pengarah Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah, berkata kunjungan hormat itu dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan baik yang sudah terjalin dengan persatuan berkenaan. “Selain itu, pada kunjungan kali ini, pihak JLM dan […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED MENJAYAKAN PROJEK JALAN BEKOK – PALOH

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri komited menjayakan projek jalan menghubungkan Paloh ke Bekok untuk manfaat masyarakat setempat. Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Lee Ting Han berkata, projek berskala besar itu menuntut keselarian dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk menjayakannya. Menurut beliau, projek Jalan Bekok – Paloh yang dijangka memacu sektor pelancongan setempat itu […]

191 GENERASI KEDUA FELDA TENGGAROH 3 TERIMA HAK MILIK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyampaikan hak milik tanah generasi kedua kepada 191 penerima di Felda Tenggaroh 3, dekat Mersing, semalam. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penyampaian hak milik tanah tersebut membuktikan kerajaan negeri komited menyelesaikan isu dihadapi rakyat di negeri ini. “Saya telah menyampaikan hak milik tanah generasi ke-2 kepada […]

27 LOKASI JALAN DI MERSING SIAP BAIK PULIH

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 27 lokasi jalan raya meliputi jarak 11.6 kilometer di daerah Mersing, telah siap dibaik pulih. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagaimanapun, kerja menaik taraf bagi empat lagi lokasi tambahan dengan jarak 2.8 kilometer akan bermula pada bulan ini. Empat lokasi tersebut adalah Kampung Wak Salam (Seksyen 121.9); […]

POLIS JOHOR LULUS 297 PERMIT, DUA KERTAS SIASATAN DIBUKA

  ISKANDAR PUTERI — Polis Johor meluluskan sebanyak 297 permit yang dipohon oleh parti politik bagi aktiviti kempen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 15. Jurucakap Media PRU 15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata ia termasuk sejumlah 166 permit polis yang diluluskan sehingga semalam. “Setakat ini bagi tempoh 5 […]

NELAYAN MUAR DAN TANGKAK BAKAL TERIMA LESEN SAMPAN KHAS

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 108 nelayan pantai di daerah Muar dan Tangkak bakal menerima lesen sampan khas selepas mereka berjaya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Pengarah Perikanan Negeri Johor, Zainudin Abd Wahab, berkata pihaknya telah melaksanakan Program Pemutihan Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan (Sampan) bermula November tahun lalu bagi lesen yang didapati telah […]

SUKARELAWAN SOUTHERN VOLUNTEERS BANTU MANGSA BANJIR KILAT

  ISKANDAR PUTERI — Prihatin dengan kesukaran dihadapi mangsa banjir kilat semalam, sukarelawan Southern Volunteers (SV) segera membantu mereka yang terjejas. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah telah berkongsi khidmat bakti SV Johor Bahru di Kampung Kurnia. “Beberapa lokasi di bandar raya Johor Bahru mengalami […]