SAHABAT MARITIM KUNJUNGI KOMUNITI NELAYAN ORANG ASLI

  ISKANDAR PUTERI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor mengadakan lawatan muhibbah bersama komuniti nelayan Orang Asli di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah. Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata kunjungan itu dilakukan bagi mengeratkan ikatan silaturahim antara pasukan pihak berkuasa keselamatan maritim itu dengan masyarakat Orang […]

SOP, TEMPOH BERTINDAK DAN BANTUAN BEKALAN DITAMBAHBAIK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor memohon maaf kepada penduduk dan sektor perniagaan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak terancang susulan kejadian paip pecah di Persiaran Seri Alam. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, masalah tersebut berlaku di luar jangkaan berikutan kerja teknikal dijalankan, namun percaya tempoh bertindak selain terbitan jadual bantuan […]

KESELARIAN, KEBERSAMAAN PERLU DEMI MAJU JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Keselarian dan kebersamaan dengan Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk menjadikan Johor sebagai negeri maju. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mahu melihat infrastruktur dan prasarana selain sektor yang dekat dengan masyarakat ditambah nilai. “Kita mahu lebarkan lebuh raya kita, menaiktaraf jalan yang kebanyakannya telah rosak, merancakkan ekonomi negeri, […]

BELIA PENGGERAK EKONOMI, PENENTU MASA DEPAN – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa mengiktiraf golongan belia di negeri ini, sebagai penggerak ekonomi serta penentu masa depan Johor dan negara. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, golongan yang mempunyai bilangan hampir separuh populasi di negeri ini, merupakan kumpulan disifatkan penting. “Elemen […]

SPR TUBUH 625 PP-KPR PANTAU KEMPEN PRU 15

  ISKANDAR PUTERI — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan sebanyak 625 Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti kempen calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata ia bagi memastikan semua calon yang bertanding mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Katanya, semua calon yang […]

PROSES PENAMAAN CALON PRU15 DI JOHOR BERJALAN LANCAR

  ISKANDAR PUTERI — Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) 15 di 26 Pusat Penamaan Calon (PPC) di seluruh Johor berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Jurucakap Media PRU Johor 15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata secara keseluruhan tahap keselamatan semasa proses penamaan calon di […]

PASUKAN LSF SEDIA JAGA KESELAMATAN SEPANJANG PRU 15

  PONTIAN — Polis Daerah Pontian semalam mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan – Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) 15. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata latihan selama dua hari yang bermula 3 hingga 4 November itu dilaksanakan sebagai antara langkah kesiapsiagaan pasukan […]

LARANGAN MENERBANGKAN DRON SEPANJANG PRU

  ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) 15 berlangsung. Dalam kenyataannya kepada media berkata, ia merangkumi lokasi tumpuan ramai seperti Pusat Penamaan Calon dan Pusat Pembuangan Undi serta premis yang terbabit dalam proses pilihan raya. Larangan ini […]

MPS LAKSANAKAN PENYUSUNAN SEMULA TAPAK PASAR MALAM UNTUK BANTU PENIAGA

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Perbandaran Segamat (MPS) membuat pemantauan di tapak Pasar Malam Bukit Siput dan Taman Yayasan pada setiap hari Khamis. Yang Dipertua MPS, Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria, berkata pemantauan itu dilaksanakan bagi tujuan penyusunan semula di kedua-dua tapak pasar malam berkenaan. Katanya, ini kerana Pasar Malam Bukit Siput dan Taman […]

MBIP LAKSANA PEMINDAHAN PENJAJA KE LOKASI BAHARU

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melaksanakan pemindahan penjaja sekitar Jalan Pendidikan 7, Taman Universiti ke lokasi baharu berkuatkuasa 1 November lalu. Dalam satu kenyataan, MBIP menerusi Bahagian Penjaja, Jabatan Pelesenan memaklumkan kesemua 47 penjaja di lokasi asal dipindahkan ke penempatan sementara di Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti. Tindakan tersebut bertujuan bagi […]