FLLSPG : KERAJAAN JOHOR ZAHIR SOKONGAN BERTERUSAN

  ISKANDAR PUTERI — Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Kali Ke-25 Tahun 2023 telah sempurnakan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, semalam.   Majlis perasmian tersebut, turut disaksikan puluhan ribuan masyarakat Johor yang bersama-sama meraikan sambutan festival ‘Jubli Perak’ dengan bertemakan ‘Layangkasa Dinamik’.   Onn Hafiz […]

BERKELANA KERANA MINAT WAU TRADISIONAL

  PASIR GUDANG — “Minat terhadap seni wau bermula sejak 2009 selepas melihat sekumpulan pemain wau dan sejak itu cinta saya terhadap wau semakin lama semakin mendalam,” kata Mohd Razi Mohd Said, 51. Mohd Razi yang juga pemain dan pembuat wau Persatuan Pelayang Negeri Johor berkata, dari situlah beliau kemudian mengambil keputusan untuk bermain dan […]

BRAJ 2023 : KERAJAAN NEGERI KOMITED ATASI ISU HARGA BARANG

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited mengatasi isu kenaikan harga barang menerusi pelaksanaan Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) di seluruh Negeri Johor pada tahun ini.   Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip.   Menurut beliau, sebanyak RM300,000 diperuntukkan kerajaan negeri melalui Lembaga […]

LAYANG-LAYANG BAWA MESEJ GEMBIRA, KASIH SAYANG DAN KERINDUAN

  PASIR GUDANG — “Saya dan abang saya Andrii menerbangkan layang-layang berbentuk kucing kerana membawa sifat yang ada pada haiwan terbabit iaitu positif,” kata Alex Shramko. Alex, 39 yang turut menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2023 bersama abangnya Andrii Shramko, 40, berkata, ia secara tidak langsung menggambarkan perasaan yang ada mereka. “Layang-layang adalah […]

BELANJAWAN 2023 MAMPU LONJAK PEMBANGUNAN ISKANDAR MALAYSIA

  ISKANDAR PUTERI — Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ mampu melonjakkan usaha pembangunan sosial dan ekonomi wilayah Iskandar Malaysia terutama pasca pandemik COVID-19.   Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim berkata, cadangan dan inisiatif melibatkan Iskandar Malaysia secara langsung mampu untuk menjayakan perkara tersebut.   “Cadangan yang […]

KERAJAAN JOHOR SAMBUT BAIK BELANJAWAN 2023

  ISKANDAR PUTERI — Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam, turut memberikan limpahan manfaat kepada negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri berterima kasih atas persetujuan melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara […]

JOHOR TERIMA MANFAAT BELANJAWAN 2023

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Persekutuan akan menambah baik kemudahan jaringan lebuh raya di Johor dengan memperuntukkan sebanyak RM525 juta. Ia sekali gus dijangka akan dapat membantu merancakkan sektor perlancongan di kawasan berpontensi namun dijejaskan dengan isu kesesakan jalan raya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia kaya dengan limpahan khazanah alam dan kelebihan […]

ISU PENCAHAYAAN, AIR DIPANJANGKAN KEPADA MENTERI

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Kuala Lumpur.   Beliau yang bertanggungjawab terhadap portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur berterima kasih kepada pihak kementerian atas kesudian menerima kehadiran serta mengadakan […]

715 PELAYANG SERTAI FLLSPG 2023

  PASIR GUDANG — Seramai 715 peserta dari 145 pasukan menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Kali Ke-25 2023 yang berlangsung di Bukit Layang-Layang di sini, sejak semalam sehingga 26 Februari ini. Ia termasuk penyertaan 109 peserta antarabangsa dari 40 negara yang turut mengambil bahagian pada FLLSPG 2023 yang turut menyambut sambutan Jubli Perak […]

JDT OPTIMIS LAKAR KEMENANGAN ESOK

  ISKANDAR PUTERI — Menjelang aksi Piala Sumbangsih 2023 esok, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) optimis untuk melakar kemenangan ke atas Terengganu FC sekali gus meraih trofi pertama bagi musim baharu.   Pembantu Ketua Jurulatih JDT, Pablo Ricchetti berkata, setelah menjalani pra-musim di Dubai, keseluruhan pasukan kini memberikan tumpuan bagi menempuh musim 2023 dan […]