ZON KLUANG MUNCUL JUARA KESELURUHAN KASWIRA 2022

  ISKANDAR PUTERI — Zon Kluang muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA) 2022 yang berlangsung di Bandar Tenggara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Hahasrin Hashim berkata pihaknya berharap melalui penganjuran sukan seumpama ini akan dapat menyatukan kaum di negeri ini. “Sukan boleh menjadi medium untuk kira menjalinkan ukhuwah antara sesama penduduk kampung, […]

27 TANGKI SIMPANAN AIR DI 24 LOKASI TERJEJAS

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 27 tangki simpanan air berkapasiti 400 hingga 500 gelen disediakan di 24 lokasi terjejas bekalan air di sekitar Pasir Gudang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata selain itu sembilan lagi tangki simpanan air akan turut dihantar ke lokasi berkenaan. “Jumlah ‘filling […]

KERAJAAN NEGERI, UNICEF RANCANG LAKSANA INISIATIF DI SELURUH PBT JOHOR

    ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) merancang untuk menjalankan ‘Child Friendly Cities Initiative (CFCI) di 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, inisiatif itu bagi memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak di Johor terjaga. “Tujuan […]

KERJA PEMBAIKAN PAIP DITANGGUH SEMALAM KERANA HUJAN LEBAT

ISKANDAR PUTERI — Kerja pembaikan paip air yang pecah di Seri Alam terpaksa ditangguhkan malam tadi berikutan keadaaan hujan lebat yang melanda kawasan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata selain itu cerun di tapak operasi juga runtuh dan ditenggelami air hingga merencatkan kerja baik […]

KERAJAAN JOHOR SANTUNI, BANTU KUMPULAN NELAYAN MUAR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri menyantuni kumpulan nelayan di daerah Muar, dalam satu pertemuan menerusi lawatan kerja pada Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, turut diadakan sesi dialog, ramah mesra dan penyerahan beberapa jenis bantuan kepada nelayan di Parit Bakar. “Antara bantuan […]

RANHILL SAJ GIAT PERBAIKI KEROSAKAN PAIP AIR

  PASIR GUDANG — Syarikat utiliti air Johor, Ranhill SAJ kini sedang giat melakkan kerja mengenal pasti lokasi sebenar kerosakan paip air hingga menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa lokasi di Pasir Gudang. Operasi pembaikan ini dilaksanakan secara serius dengan kerja dilakukan 24 jam sejak tiga hari lalu, namun terpaksa berdepan masalah tanah runtuh dan […]

HOKI PIALA SULTAN JOHOR 2022 MELABUHKAN TIRAI

  ISKANDAR PUTERI — Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2022 Edisi Ke-10 melabuhkan tirainya, semalam, dengan menyaksikan India muncul juara selepas menewaskan Australia dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. Kejayaan edisi kali ini merupakan kejuaraan kali ketiga buat India dalam kejohanan SOJC selepas meraih pencapaian sama pada tahun 2013 […]

KERAJAAN JOHOR LETAK KEPENTINGAN BELIA TERAS MAJU JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri meletakkan kepentingan pembangunan golongan belia sebagai teras dalam Agenda Maju Johor. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini kerana kerajaan negeri sedar golongan itu merupakan pelapis kepimpinan pada masa hadapan. “Oleh itu, saya juga ingin mengajak anak-anak muda kita untuk bersama-sama kerajaan negeri dalam memajukan lagi Johor […]

ELAK GANTUNG BENDERA, POSTER DI PERALATAN MILIK TNB

Kini demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sudah hampir bermula. Namun dalam keghairahan tempoh berkempen, elaklah mengantung bendera parti di tiang, kabel, peti pembekal, pencawang dan pepasangan elektrik bagi mengelakan risiko renjatan elektrik. Jika anda melihat situasi berbahaya atau boleh menganggu bekalan elektrik, segera menghubungi pihak TNB untuk tindakan segera demi kesejahteraan kita bersama […]

BERTINDAK SEGERA, PANTAU SITUASI – TMJ

ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sudah menghubungi Ranhill SAJ berhubung gangguan bekalan air tidak terancang berikutan kejadian paip pecah di Persiaran Seri Alam, dekat Masai. Tunku Ismail dalam ciapan di akaun Twitter Baginda bertitah kepada pihak Ranhill SAJ untuk bertindak dengan segera dan memantau situasi. Dalam ciapan tersebut, […]