HOKI PEREMPUAN JOHOR ‘GEGO’ KUANTAN


Skuad hoki perempuan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) Mersing, Johor melakar sejarah apabila muncul johan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan 2024.

 

Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) Mersing, Johor muncul juara kategori emas perempuan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat Kebangsaan 2024 Piala Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), semalam.

 

Diterajui Andik Nur Zahirah Mohd Johari selaku kapten pasukan, SMSSI berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, Pahang.

 

Lebih manis, dua pemain SMSSI iaitu Ani Umairah Mohd Saiful dan Nurul Atiqah Syazwani Azini masing-masing diangkat sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik sepanjang kejohanan berlangsung bermula 2 Julai lalu sehingga semalam.

 

Sementara itu dalam saingan kategori emas lelaki, tuah tidak memihak skuad hoki lelaki SMSJ apabila terpaksa akur tewas tipis 1-2 kepada juara bertahan, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.

 

Perlawanan akhir dan Majlis Penutup Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Ab Aziz Mamat, Pengarah BPSBP. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor