HTGA 2025 ANGKAT JOHOR SEBAGAI HAB GASTRONOMI HALAL

Pelancaran HTGA Johor 2025 disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru, dengan sokongan padu daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Iskandar Investment Berhad (IIB) dan Tourism Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#JohorBahru – HalalTrip selaku platform digital pengembara Muslim terkenal memberikan pengiktirafan kepada pemain industri makanan dan minuman (F&B) halal di negeri ini, atas kecemerlangan masing-masing menerusi HalalTrip Gastronomy Awards (HTGA) Johor 2025.

 

Pengiktrafan yang turut mendapat kerjasama Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF) itu juga menjadi platform penghargaan terhadap inovasi, kreativiti mahupun dedikasi cef dalam bidang kulinari memperkukuhkan kedudukan Negeri Johor sebagai hab gastronomi halal terutama menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

 

HTGA Johor 2025 menyaksikan Jannahtul Akhma Juraini, 27, dari Restoran Pawana, Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru menerima pengiktirafan ‘Best Forward Chef’, manakala Mohammad Riezafi Jamri, 25, dari Suasana Suites Cafe Johor Bahru pula ‘Most Promising Chef’.

 

Selain itu, pengiktirafan turut disampaikan kepada beberapa restoran, kafe dan kedai makan antaranya Restoran Abbu Bakar, Alina Cafe Bakery, Beriani Bonda House 1969, Restoran Cookies & Ginger, Halaman by Dapur Western, Hijrah Dim Sum JB, Ikhwan Coffee dan Klasik Kopitiam bagi Kategori One Diamond.

 

Manakala pengiktirafan kategori Anugerah Best-in-Class diberikan kepada Rumi Place untuk Restoran Konsep Terbaik; Abbu Bakar (Restoran Etnik Terbaik); Alina Cafe Bakery (Kafe Istimewa Terbaik); Restoran Cookies & Ginger (Anugerah Perkhidmatan Terbaik), Oriental Kopi (Rangkaian Restoran Halal Terbaik) dan Kluang Rail Coffee (Anugerah Warisan).

 

Terdahulu, pelancaran HTGA Johor 2025 yang mendapat sokongan padu daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Iskandar Investment Berhad (IIB) dan Tourism Johor telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru, semalam.

 

#JohorSafeZone
#HTGA2025
#HalalTrip
#SHCF
#IRDA
#IIB
#TourismJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor