INSENTIF ‘ONE-OFF’ UNTUK KANTIN SAKJ MILIKI SIJIL HALAL

Kerajaan Negeri bakal memperuntukkan secara ‘one-off’ insentif sebanyak RM3,000 kepada kantin Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang memiliki sijil halal dalam Belanjawan Johor 2026.
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri akan memberikan insentif ‘one-off’ sebanyak RM3,000 sebagai tanda penghargaan kepada kantin Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang bakal diumumkan dalam Belanjawan Johor 2026.
Insentif diperuntukkan melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) bagi tujuan baik pulih dan menyediakan kemudahan yang selesa itu selari dengan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030 untuk meningkatkan pensijilan halal baharu sekali gus mengukuhkan ekosistem halal di negeri ini.
Penghargaan berkenaan juga membuktikan Kerajaan Negeri serius menjadikan halal sebagai budaya hidup di negeri ini, bermula daripada institusi pendidikan agama malah yakin SAKJ akan muncul sebagai perintis dan model terbaik kepada masyarakat dalam menghayati nilai halal sebenar melalui galakan tersebut.
Melalui PKHNJ 2030, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memastikan SAKJ kategori Gred A dan Gred B memiliki SPHM bagi fasa satu menjelang Disember ini, manakala kategori Gred C pula akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan seterusnya secara berperingkat.
PKHNJ 2030 yang memberi penekanan kepada tiga tonggak utama iaitu pengukuhan ekosistem halal, pembangunan hab halal serantau serta peningkatan eksport dan pelaburan halal meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penyertaan 5,000 syarikat di negeri ini, memiliki SPHM menjelang tahun 2030.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian Seminar Halal Johor : Perkongsian Negara Serantau 2025 Sempena Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), hari ini.
#JohorSafeZone
#PKHNJ2030
#SPHM
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor