JDT SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR SHOPEE CUP

Perlawanan keempat kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup) 2025/2026 bakal menyaksikan pertembungan antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan wakil Myanmar, Shan United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

#IskandarPuteri – Perlawanan keempat kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup) 2025/2026 bakal menyaksikan pertembungan antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan wakil Myanmar, Shan United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Kedua-dua kelab yang juga juara Liga Super Malaysia dan Liga Nasional Myanmar bakal bertarung untuk merebut tiga mata penuh.

Harimau Selatan turun dengan misi mahu mengekalkan rekod tanpa kalah di SSI untuk kejohanan musim ini serta mengesahkan kemaraan ke separuh akhir yang dijadualkan pada Mei 2026.

Bercakap dalam sidang media pra perlawanan, pengendali JDT, Xisco Munoz memaklumkan bahawa perlawanan esok adalah satu lagi aksi penting buat skuadnya selain kehadiran semula tiga pemain warisan selepas pengumuman Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penggantungan menambah pilihan buat dirinya untuk memilih kesebelasan terbaik.

JDT kini di kedudukan kedua Kumpulan B selepas mengutip tujuh mata, manakala Shan United berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata dan sudah pun tersingkir daripada kejohanan.

Perlawanan Shopee Cup antara JDT dan Shan United akan berlangsung pada 29 Januari 2026, jam 5.30 petang.

Luaskan Kuasamu Johor!

#JohorSafeZone
#JDT
#ShanUnited
#ShopeeCup
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor