LEBIH 11,000 PENGUNJUNG HADIR KARNIVAL KERJAYA JTDC

Foto MDJ Aisyah Mazalan

#PasirGudang – JTDC Mega Kerjaya MYFutureJobs PIS X MBPG 2025 berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu, merekodkan kehadiran 11,310 pengunjung terdiri daripada graduan dan pencari kerja bagi merebut peluang kerjaya bergaji premium ditawarkan.

 

Hari terakhir karnival kerjaya terbesar Johor pada tahun ini, menyaksikan seramai 349 graduan dan pencari kerja yang hadir sesi temu duga serta merta berjaya memperoleh pekerjaan di mana lapan daripada jumlah tersebut merupakan golongan orang kurang upaya (OKU).

 

Bagi Muhammad Shahril Roslan, 23, yang merupakan calon temu duga berstatus OKU akui hadir ke karnival kerjaya berkenaan untuk mencuba peluang mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu operasi di Johor Port Berhad.

 

Kekurangan dimilikinya tidak menjadi penghalang untuk mencuba nasib bagi mendapatkan pekerjaan impian malah dijadikan sebagai cabaran dan motivasi meningkatkan keupayaan diri serta membuktikan kemampuan golongan sepertinya dalam dunia pekerjaan.

 

Sementara itu, Muhammad Hazim Paharuzi, 32, memberitahu hadir menyertai sesi temu duga terbuka melibatkan jawatan kosong dalam sektor pembinaan iaitu sebagai pengurus binaan dan jurutera tapak di tiga syarikat berlainan.

 

Beliau menyokong inisiatif Kerajaan Negeri melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) menganjurkan karnival kerjaya berkenaan yang memudahkan pencari kerja sepertinya
kerana peluang untuk mendapatkan pekerjaan pada masa kini amat mencabar

 

#JohorSafeZone
#JTDC
#MYFutureJobs
#PERKESO
#SMI
#PIS
#MBPG
#MegaKerjaya
#KerjayaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor