NAZRI ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGERI JOHOR SIMPANG JERAM


Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri Johor. | Foto ihsan MedKom

 

ISKANDAR PUTERI — Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman hari ini, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri Johor selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram pada 9 September lalu.

 

Beliau mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi pada Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.

 

Terdahulu, Dewan Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah kepada Suhaizan Kaiat dan Nazri atas kejayaan masing-masing memenangi kerusi Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram pada PRK baru-baru ini.

 

Selain itu, Dewan Negeri Johor turut merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selain turut mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

 

Untuk rekod, Nazri, 56, dengan majoriti 3,514 undi memenangi kerusi yang ditandingi selepas menewaskan dua pencabar lain iaitu Dr. Mazri Yahya dan S. Jeganathan.

 

PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram dan Parlimen P.161 Pulai diadakan susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub selaku penyandangnya, pada 23 Julai lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor