PENUTUPAN PPS DAN PKOB DI DAERAH MERSING

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah Mersing ditutup sepenuhnya secara rasmi pada jam 12 tengah hari tadi. | Foto Pejabat Daerah Mersing

 

Oleh: NUREEN NATASYA NOOR HASHAIRUL 

 

#IskandarPuteri – Pentadbiran Daerah Mersing hari ini memaklumkan kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah Mersing telah ditutup secara rasmi pada jam 12 tengah hari tadi selepas situasi semasa bencana banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) berada dalam keadaan terkawal.

 

Justeru, Pentadbiran Daerah Mersing turut menzahirkan penghargaan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas keprihatinan serta sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri Johor, sekali gus memberikan pengiktirafan kepada YB Dato’ Haji Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, di atas penyelarasan dan panduan berkesan sepanjang pengurusan bencana ini.

 

Pentadbiran Daerah Mersing juga merakamkan penghargaan kepada YB Dato’ Haji Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan) atas sokongan serta perhatian berterusan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan operasi di peringkat daerah.

 

Penghargaan turut diberikan kepada semua agensi dan rakan strategik termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), Majlis Daerah Mersing (MDMG), Southern Volunteers (SV), seluruh jabatan dan agensi terlibat yang telah menunjukkan komitmen tinggi, tindakan pantas dan kerjasama sepanjang pengurusan situasi banjir di daerah Mersing.

 

#JohorSafeZone
#PentadbiranDaerahMersing
#MTL2025
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas