Tag Archive for: johor

DAERAH TERJEJAS BANJIR TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir terkini meningkat hampir 200 orang menjadikan 3,803 penduduk di lima daerah yang terjejas di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 10 pagi memaklumkan daerah yang terjejas tidak berubah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing dan Batu Pahat.   Bagaimanapun, jumlah keluarga terjejas […]

BANJIR JOHOR : TIGA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Kluang dan Kota Tinggi bagi menempatkan tambahan mangsa banjir.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam memaklumkan tiga PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Bentong dan Balairaya Kampung Muhibbah Paloh di Kluang serta Dewan Muafakat Taman Desaru […]

AMARAN BANJIR DI MERSING ESOK

  ISKANDAR PUTERI — Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sebentar tadi mengeluarkan amaran banjir bagi negeri Johor membabitkan daerah Mersing. Amaran banjir yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang itu adalah susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini berdasarkan simulasi […]

JPJ LAKSANA OPS OKIM

    JOHOR BAHRU –– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor semalam mengambil tindakan mengeluarkan 11 notis terhadap pemilik kenderaan belajar memandu yang didapati melanggar spesifikasi kenderaan yang ditetapkan. Dalam OPS OKIM di sebuah institut sekolah memandu di daerah ini turut menjalankan pemeriksaan terhadap 56 kenderaan yang digunakan untuk tujuan latihan memandu. Daripada 56 kenderaan terbabit, […]

OPS PEMASANGAN AMBAI HARAM TANPA LESEN

  SEGAMAT — Unit Perlindungan Perikanan Batu Pahat dan Pejabat Perikanan Daerah Segamat baru-baru ini merampas dan merobohkan satu unit ambai haram yang dipasang di Sungai Muar. Dalam operasi yang dilaksanakan pada jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari itu bertujuan memantau pemasangan ambai haram tanpa lesen. Pada operasi itu, satu unit ambai haram yang […]

KERAJAAN JOHOR KAJI DESTINASI PENERBANGAN BAHARU

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri sedang mengkaji destinasi penerbangan baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Negeri Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, sehingga kini, terdapat 16 destinasi penerbangan melibatkan 12 penerbangan domestik dan empat ke negara ASEAN.   “Kerajaan negeri sedang mengkaji beberapa […]

MENTERI BESAR JOHOR BERTEMU SHAH FIRDAUS

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan bersama atlet berbasikal kelahiran Johor Muhammad Shah Firdaus Sahrom, semalam.   Pertemuan tersebut membuka ruang atlet berasal dari Kampung Parit Setongkat, Muar itu berkongsi cerita dan perkembangan terkini dalam bidang sukan diceburi.   “Anak muda berasal dari Kampung Parit Setongkat, Muar ini […]

PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB) KINI DIBUKA

  ISKANDAR PUTERI — Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kini membuka pendaftaran bagi kemasukan Darjah Satu Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) bagi sesi persekolahan 2024 bermula 1 Januari hingga 31 Mac ini. Dalam kenyataannya, BPI JAINJ memaklumkan segala borang permohonan dan pertanyaan berhubung perkara itu boleh dibuat dengan berhubung terus […]

KAJI SEMULA GAJI DOKTOR, PETUGAS KESIHATAN – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diseru mengkaji semula struktur gaji dan kebajikan doktor serta petugas kesihatan.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, KKM juga perlu membantu pegawai perubatan berstatus jawatan kontrak demi jaminan masa depan kumpulan itu.   “Petugas kesihatan dan doktor yang bekerja syif malam […]

3,677 PENGUSAHA PERTANIAN TERIMA MANFAAT

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 3,677 pengusaha sektor pertanian agromakanan pelbagai subsektor menerusi 25 projek yang dilaksanakan menerusi Program Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor di bawah peruntukkan PENJANA (2021-2022). Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, berkata agenda jaminan bekalan makanan sentiasa menjadi keutamaan dalam hala […]