KERAJAAN NEGERI TEKAD TINGKAT PELABURAN: MENTERI BESAR JOHOR
ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bertekad untuk meningkatkan lagi pelaburan di negeri ini, susulan prestasi memberangsangkan direkodkan pada tahun lalu. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan harapan semoga Johor dapat menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negeri, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi Bangsa Johor di masa hadapan. […]
