Tag Archive for: Government of Johor

100 REMAJA PEREMPUAN TERIMA KIT SERI

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 100 remaja dari keluarga B40 di daerah Tangkak menerima manfaat Program Pemberian Kit Kebersihan Asas Wanita Kepada Remaja Perempuan atau Kit SERI. Inisiatif itu diberikan kepada remaja perempuan terpilih dari sekolah dalam daerah tersebut pada program Majlis Pelancaran dan Penyampaian Kasih Suri Keluarga Malaysia Negeri Johor dan i-Berkat Daerah Tangkak, […]

RAKYAT SUDAH MATANG – SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Pentadbiran Kerajaan Johor berjalan seperti biasa selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani. Selain itu, beliau turut menyifatkan rakyat Johor telah matang dalam membuat pilihan berdasarkan pengamatannya terhadap trend keputusan kerusi-kerusi dipertandingkan di negeri ini. “Apa pun keputusan yang akan keluar […]

KERAJAAN JOHOR MENYANTUNI PENGGIAT SENI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyantuni penggiat seni di sekitar bandar Mersing sempena Program Ziarah Seni Tahun 2022 Daerah Mersing. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, kunjungan program itu dijayakan bersama Majlis Kebudayaan Daerah Mersing dan pengurusan Majlis Kebudayaan Negeri Johor. Menurutnya, program tersebut sebagai tanda […]

KERAJAAN JOHOR MENYUMBANGKAN RM776,380 BAGI KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA NEGERI JOHOR 2022

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyumbang RM776,380 kepada Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) bagi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia Negeri Johor Tahun 2022. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, sumbangan tersebut akan memberi manfaat kepada 12,931 suri rumah peserta i-Suri berdaftar di bawah eKasih pada tahun ini. Menurutnya, […]

APRESIASI PENGIKTIRAFAN TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN SEBAGAI ASEAN HERITAGE PARKS

  ISKANDAR PUTERI — Pengiktirafan Taman Negara Johor Endau-Rompin sebagai ASEAN Heritage Parks (AHP) Ke-51, baru-baru ini, menjadi kejayaan buat Kerajaan Johor dalam meningkatkan pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti. Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dalam satu kenyataan sempena Majlis Apresiasi Pengiktirafan Taman Negara Johor Endau-Rompin sebagai AHP, hari ini, memaklumkan pengiktirafan itu juga merupakan kejayaan kepada […]

KERAJAAN JOHOR, PR1MA BELA NASIB PEMBELI PROJEK ‘SAKIT’

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berusaha melaksanakan koordinasi bersama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bagi membela dan melindungi nasib 625 pembeli projek Residensi PR1MA Kota Tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, dengan komitmen tersebut, pembeli projek perumahan itu dijangka akan menerima kunci kediaman masing-masing sedikit masa […]

USAHAWAN TANI SEGAMAT TERIMA MANFAAT PERKASA SEKTOR PERTANIAN

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan kepada 420 usahawan tani di daerah Segamat pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, peruntukan tersebut melibatkan pelbagai projek pembangunan. “Antara projek pembangunan yang terlibat adalah Projek Pembangunan Tanaman Jangka Panjang dan Pendek, Projek Pembangunan […]

TANGKAK DAERAH TERBARU DILANDA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 107 keluarga terdiri daripada 453 mangsa terjejas berikutan kejadian banjir melanda lima daerah di Negeri Johor. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu laporan setakat jam 2 petang tadi, memberitahu daerah yang terjejas adalah Segamat, Kulai, Kluang, Pontian dan Tangkak. Keseluruhan, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan beroperasi […]

RM12.8 JUTA INSENTIF KEPADA PEKEBUN KECIL SEGAMAT TAHUN 2022

  ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM12.8 juta bagi daerah Segamat pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, jumlah peruntukan itu adalah bagi insentif-insentif kepada pekebun-pekebun kecil RISDA. “Ianya meliputi Bantuan Tanam Semula Getah, Bantuan Aktiviti […]

JUALAN KASIH BANGSA JOHOR PARLIMEN SEGAMAT TERIMA SAMBUTAN

  ISKANDAR PUTERI — Jualan Kasih Bangsa Johor (JKBJ) Parlimen Segamat berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk setempat mendapatkan barangan jualan pada harga berpatutan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, program tersebut berlangsung di Kampung Balai Badang, dekat Segamat, semalam, lokasi ketiga dalam siri JKBJ@Parlimen Segamat. […]