Tag Archive for: Mangsa

DUA LALUAN DI MERSING DITUTUP UNTUK SEMUA KENDERAAN

  ISKANDAR PUTERI — Dua laluan di daerah Mersing menjadi laluan terbaharu ditutup untuk semua kenderaan berikutan kejadian banjir melanda di negeri ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 4 petang memaklumkan dua laluan tersebut adalah Jalan Nitar Timur-Pengkalan Batu (FT1425) dan Jalan Tanah Abang (J228) menjadikan keseluruhan lima laluan ditutup […]

MANGSA BANJIR MENINGKAT KEPADA LEBIH 4,000 ORANG

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Negeri Johor terus meningkat kepada 1,164 keluarga terdiri 4,207 penduduk.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 2 petang memaklumkan sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan kesemua mangsa.   PPS SK Bandar Penawar, SK Gembut di Kota Tinggi; […]

DUA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI DI MUAR

  ISKANDAR PUTERI — Muar menjadi daerah terbaru dilaporkan dilanda banjir dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 12 tengah hari, memaklumkan dua PPS tersebut iaitu Dewan Serbaguna FELDA Gugusan Maokil dan SK LKTP FELDA Maokil 2 dibuka jam 10 pagi tadi.   […]

DAERAH TERJEJAS BANJIR TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir terkini meningkat hampir 200 orang menjadikan 3,803 penduduk di lima daerah yang terjejas di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 10 pagi memaklumkan daerah yang terjejas tidak berubah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing dan Batu Pahat.   Bagaimanapun, jumlah keluarga terjejas […]

LIMA DAERAH TERJEJAS, ANGKA MANGSA BANJIR BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Negeri Johor melonjak kepada lebih 3,000 orang susulan lima daerah terjejas setakat ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan dua daerah terbaru yang terjejas adalah Mersing dan Batu Pahat, selepas tiga daerah terdahulu iaitu Kota Tinggi, Kluang serta Segamat.   […]

BANJIR JOHOR : TIGA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Kluang dan Kota Tinggi bagi menempatkan tambahan mangsa banjir.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam memaklumkan tiga PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Bentong dan Balairaya Kampung Muhibbah Paloh di Kluang serta Dewan Muafakat Taman Desaru […]

EXCO KERAJAAN JOHOR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN

  ISKANDAR PUTERI – EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail hari ini, menyantuni mangsa kebakaran di premis Persatuan Orang Cacat Johor Bahru.   Beliau yang juga ADUN Serom berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada mangsa selain merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor.   “Sedikit sumbangan juga saya berikan kepada mangsa-mangsa […]

SENTIASA BERWASPADA, BERSIAP SIAGA – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Norlizah Noh mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Pangkalan Batu, Mersing hari ini. Beliau yang juga ADUN Johor Lama berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Selain itu, Norlizah turut menerima taklimat mengenai keadaan semasa banjir oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing, Mohd Amirza […]

DUA PPS DI KOTA TINGGI DITUTUP JAM 1 PETANG TADI

  ISKANDAR PUTERI — Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi ditutup jam 1 petang tadi. PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai dan Dewan Muafakat Bandar Penawar. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 1 petang tadi, hanya dua daerah iaitu Segamat dan Mersing masih terjejas dengan banjir. PPS Balairaya Kampung Batu Badak, […]

SEMUA AGENSI BERKAITAN DIARAH SENTIASA BERSEDIA

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor melawat ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi, semalam. Dua PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar. Turut hadir, ADUN Penawar, Fauziah Misri; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil serta Yang Dipertua Majlis […]