BANJIR : SPM, STPM DI JOHOR DIJADUALKAN SEPERTI BIASA
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Tahun 2023 di negeri ini, akan berjalan seperti dijadualkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh dalam satu kenyataan memaklumkan tiada cadangan dan keperluan untuk peperiksaan awam itu ditangguhkan setakat ini. Beliau memberitahu sembilan […]
