JOHOR SUMBANG KOTAK MAKANAN SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI MTL

Kerajaan Negeri Johor menyalurkan penghantaran kotak sumbangan makanan bencana ke 10 daerah di seluruh negeri ini. | Foto Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor (JPBNJ).
#IskandarPuteri – Sebagai langkah persediaan awal menghadapi ketibaan musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Menteri Besar Johor dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah menyalurkan penghantaran kotak sumbangan makanan bencana ke 10 daerah di seluruh negeri ini.
Inisiatif ini dilaksanakan di bawah penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor (JPBNJ) bagi memastikan bantuan keperluan asas akan dapat diagihkan segera kepada mangsa yang terjejas sekiranya berlaku sebarang bencana khususnya banjir.
Agihan sumbangan ke setiap daerah ini disusun mengikut keperluan setempat dan ia akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang diketuai oleh Pegawai Daerah masing-masing.
Langkah proaktif ini mencerminkan keprihatinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor serta YB Dato’ Haji Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan, selain menzahirkan kesediaan Kerajaan Negeri untuk bertindak pantas dan efisien dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang boleh berlaku di Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#MonsunTimurLaut
#JohorPrihatin
#PengurusanBencanaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


