MASJID DAN SURAU SELURUH NEGERI ANJUR SOLAT HAJAT

Kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan menggerakkan pelaksanaan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini bermula 12 Oktober 2026 sehingga keadaan jerebu kembali pulih, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang kini berada pada tahap tidak sihat dan membimbangkan.
Solat hajat berkenaan akan dilaksanakan selepas solat fardu Maghrib sebagai ikhtiar memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT agar keadaan jerebu beransur pulih, kualiti udara kembali baik serta kesihatan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sehubungan itu, seluruh umat Islam di Johor diseru untuk bersama-sama menunaikan solat hajat serta memperbanyakkan doa dan bermunajat kepada Allah agar keadaan jerebu dapat diatasi dan segala urusan rakyat dipermudahkan.
Usaha berkenaan diharap menjadi antara ikhtiar bersama dalam memohon kesejahteraan seluruh rakyat, di samping mengharapkan keadaan kembali pulih seperti sediakala.
Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, mengeluarkan kenyataan pada 12 Oktober 2026 berhubung pelaksanaan solat hajat di seluruh negeri susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini secara berperingkat sejak pertengahan Ogos lalu.
#JohorSafeZone
#JerebuJohor
#SolatHajat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



