JOHOR HIMPUN BAKAT MUDA BADMINTON DARI SELURUH NEGARA

Aksi pemain muda badminton Johor di AFFIN-100PLUS Junior Elite Tour (1st Leg) Group A 2026.
#IskandarPuteri – Johor memperkukuh kedudukannya sebagai hab pembangunan sukan dengan menghimpunkan bakat muda badminton, termasuk menjadi tuan rumah bagi pusingan pertama sirkit kebangsaan AFFIN-100PLUS Junior Elite Tour 2026 yang sedang berlangsung secara serentak di tiga lokasi utama bermula 4 hingga 8 Februari 2026.
Kejohanan berprestij anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan kerjasama Persatuan Badminton Negeri Johor (JHBA) ini telah menarik penyertaan dari seluruh negara dan menjadi medan utama bagi mencungkil bakat pemain muda Bawah 12, Bawah 14, dan Bawah 16 Tahun untuk mewakili negara di masa hadapan.
Lima kontinjen kumpulan A melibatkan Johor, Pahang, Kelantan, Putrajaya dan Sarawak berhimpun di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri bagi mengharungi saingan sengit dalam usaha mengumpul mata ranking serta mencipta nama di peringkat kebangsaan.
Seramai 82 pemain badminton muda Johor menyertai kejohanan yang berfungsi sebagai platform penting untuk pembangunan pemain elit, sekali gus membuka peluang kepada atlet muda menimba pengalaman berharga dalam suasana pertandingan berintensiti tinggi.
Selain itu, kejohanan seumpama ini amat penting untuk pembangunan sukan badminton di Johor bagi melahirkan pelapis masa depan yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.
Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan secara langsung di venue bermula jam 8:30 pagi tanpa sebarang bayaran tiket masuk.
#JohorSafeZone
#AFFIN100PLUS
#NJET1
#BadmintonJohor
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


