SILVERGENZ PERKENAL MODEL PENJAGAAN WARGA EMAS BERASASKAN KOMUNITI DI JOHOR

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor hadir menyempurnakan pelancaran SilverGenz, di Hotel DoubleTree by Hilton, Johor Bahru, baru-baru ini. | Foto SilverGenz
#IskandarPuteri – Johor memperkukuh ekosistem perkhidmatan penjagaan kesihatan apabila SilverGenz, penyedia penjagaan warga emas melancarkan model baharu berasaskan komuniti yang pertama di negeri ini, termasuk sokongan talian bantuan penjagaan 24 jam setiap hari.
Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Johor, institusi perubatan, klinik tempatan serta pusat fisioterapi bagi menyokong pendekatan penjagaan berasaskan keluarga dan konsep ‘ageing-in-place’, membolehkan warga emas berupaya menjalani kehidupan seharian dengan selamat di kediaman sendiri.
Langkah ini juga selari dengan perubahan demografi semasa apabila Johor juga semakin menghampiri status negeri menua, dengan populasi warga emas dijangka terus meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Melalui inisiatif ini, SilverGenz turut memperkenalkan 24/7 Senior Careline, iaitu talian sokongan yang menggabungkan pemantauan, nasihat serta penyelarasan perkhidmatan penjagaan kepada warga emas dan keluarga mereka.
Selain meningkatkan kualiti penjagaan warga emas, usaha ini juga dijangka membuka peluang baharu dalam sektor ekonomi penjagaan kesihatan serta memperkukuh kedudukan Johor sebagai negeri yang lebih inklusif dan mesra warga emas.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor hadir menyempurnakan pelancaran SilverGenz, di Hotel DoubleTree by Hilton, Johor Bahru, baru-baru ini.
Hadir sama ialah Stacey Lim, Pengasas SilverGenz; Dr Allan Fernandez, Pengarah Eksekutif ACG Healthcare dan Dr Carol Yip Ketua Strategi SilverGenz.
#JohorSafeZone
#SilverGenz
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



