KERJA NAIK TARAF LEBUHRAYA SDE CAPAI 59 PERATUS

Projek sepanjang 9.34 KM yang bermula pada November 2024 ini dijangka siap pada April 2027 dengan kos sekitar RM128 juta, sebagai usaha untuk memperkukuh rangkaian infrastruktur utama di negeri ini. | Foto FB Fazli Salleh

 

#IskandarPuteri – Projek menaik taraf Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dari Jambatan Sungai Johor di kilometer (KM49.3) hingga Sungai Semenchu (KM58.7) kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 59 peratus, sekali gus menunjukkan pelaksanaan projek berkenaan yang lancar dan mendahului berbanding jadual asal.

 

Projek sepanjang 9.34 KM yang bermula pada November 2024 ini dijangka siap pada April 2027 dengan kos sekitar RM128 juta, sebagai usaha untuk memperkukuh rangkaian infrastruktur utama di negeri ini.

 

Pada masa sama, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan bagi membolehkan sebahagian daripada lorong yang telah siap dibuka lebih awal sebelum sambutan Aidilfitri, tertakluk kepada penilaian keselamatan dan kelulusan teknikal.

 

Langkah ini penting bagi membantu melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan ketika musim perayaan, khususnya melibatkan laluan ke Desaru.

 

Sementara itu, kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan termasuk kerja tanah, pembinaan jambatan serta pemasangan struktur keselamatan jalan raya bagi memastikan keselesaan dan kesematan pengguna pada masa akan datang.

 

Secara keseluruhan, projek ini dijangka meningkatkan kapasiti laluan serta memudahkan pergerakan rakyat, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi Johor khususnya di sebelah timur dan tenggara Johor.

 

#JohorSafeZone
#LebuhrayaSenaiDesaru
#HighwaySDE
#InfrastrukturJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor