DEBAT ORANG MUDA JOHOR PLATFORM CUNGKIL BAKAT PELAJAR

Majlis Penutupan Rasmi Debat Orang Muda Johor 2026 (Bahasa Inggeris) Peringkat Sekolah Menengah di Kolej Sunway Johor Bahru.
#JohorBahru – Seramai 55 pelajar Pertandingan Debat Orang Muda Johor 2026 (Bahasa Inggeris) bagi Kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Akademi Debat Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) dan Kolej Sunway.
Penganjuran pertandingan ini secara tidak langsung menjadi platform terbaik buat pelajar dalam mengasah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), membina keyakinan diri, penguasaan teknik pengucapan awam, sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Pertandingan yang bermula pada 30 Jun hingga 2 Julai lalu ini juga turut menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 bagi memperkukuh pembangunan bakat murid secara holistik, meningkatkan penguasaan bahasa serta melahirkan generasi muda yang kritis serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Pada pertandingan itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang muncul sebagai juara, diikuti oleh PPD Johor Bahru sebagai naib juara. Sementara itu, PPD Kluang dan Kota Tinggi pula menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan di tempat ketiga.
Lebih manis, PPD Pasir Gudang turut mendapat kejayaan berganda apabila pendebatnya Nurul Dalili Afiqah Noor Hisham, dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik pertandingan berkenaan.
Terdahulu, YBrs. Encik Dawson Yeang Wei Theng, Pengurus Komunikasi Korporat YRZSN hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi Debat Orang Muda Johor 2026 (Bahasa Inggeris) Peringkat Sekolah Menengah di Kolej Sunway Johor Bahru.
Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Abdul Karim Masiran, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sektor Pembelajaran selaku wakil rasmi Pengarah JPNJ; YBrs. Encik Abdul Halim Mohd Haron, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Pasir Gudang; YB Dato’ Mizan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp dan YBrs. Puan Linda Lim, Pengarah Hal Ehwal Murid, Kolej Sunway.
#JohorSafeZone
#JPNJ
#YayasanJCorp
#YRZSNJ
#SunwayCollegeJB
#ZUSCoffee
#JohorLeads
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


