Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

TOK BATIN SYUKUR, SAMBUT BAIK INISIATIF PERKASA ORANG ASLI

  #Kluang – Komitmen Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan berterusan terhadap kesejahteraan masyarakat Orang Asli dengan penyediaan pelbagai inisiatif meliputi aspek pendidikan, infrastruktur dan sosioekonomi disambut baik oleh komuniti berkenaan.   Pengumuman sembilan inisiatif baharu yang bernilai RM3.8 juta bagi Mohd Noorsham Abdullah, Tok Batin Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, mencerminkan masyarakat Orang Asli tidak […]

PENEROKA FELDA ZAHIR RASA SYUKUR, SAMBUT BAIK INISIATIF KERAJAAN NEGERI

  #Kluang – Komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membela untung nasib warga FELDA ternyata mendapat sambutan positif daripada masyarakat peneroka tanah rancangan berkenaan.   Majoriti warga peneroka FELDA menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk inisiatif berjumlah hampir RM4.6 juta bagi tujuan pemberian geran, penyelesaian projek terbengkalai serta perhatian terhadap kebajikan keluarga peneroka […]

ZOO JOHOR TAMPIL DENGAN TARIKAN BAHARU DISEMBER INI

  #IskandarPuteri – Zoo Johor bakal tampil dengan wajah baharu dan lebih segar apabila pembangunan fasa kedua bernilai RM7 juta, dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini, sekali gus menjanjikan pengalaman pelancongan yang lebih interaktif, moden dan mesra keluarga menjelang Tahun Melawat Johor 2026.   Fasa kedua ini merangkumi pelbagai kerja naik taraf seperti laluan […]

SOCAT, ARCHISEN METERAI MoU BANGUN AGROPOLIS MODEN DI SEDENAK

  #IskandarPuteri – Southern Catalyst Sdn. Bhd. (SOCAT), syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadanankan (MKD) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Archisen Pte. Ltd., syarikat agroteknologi Singapura bagi membangunkan agropolis, sebuah hab pertanian bersepadu moden di Ladang Air Manis, Sedenak.   Pembangunan yang berpotensi menarik pelaburan sehingga RM500 juta seluas 200 ekar itu berteraskan ekosistem menyeluruh direka […]

INTERVENSI KERAJAAN NEGERI PERCEPAT PROJEK NAIK TARAF JALAN

  #Kluang – Projek menaik taraf Jalan Kampung Melayu Bukit Nyamuk, Kluang ke sempadan Pontian bernilai RM51.9 juta bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk setempat apabila siap sepenuhnya pada November 2027.   Jajaran projek sepanjang 5.8 kilometer itu melibatkan kerja naik taraf jalan sedia ada kepada piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R2 bermula dari […]

JOHOR OPTIMIS RAIH TERIMAAN HASIL RM2.5 BILION HUJUNG TAHUN INI

  #Kluang – Kerajaan Johor yakin mampu mencapai kutipan terimaan hasil negeri berjumlah RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini, dengan setiap terimaan hasil berkenaan akan dipastikan dapat dikembalikan kepada rakyat supaya setiap Bangsa Johor akan merasai manfaatnya secara langsung.   Peningkatan terimaan hasil negeri daripada RM2.1 bilion yang diraih pada tahun lalu bukan hanya dilihat […]

ZIARAH KASIH UKIR SENYUMAN KELUARGA PESARA TENTERA DI KAMPUNG PAYA

  #Kluang – Program Jelajah Orang Johor (JOJ) dengan pengisian Ziarah Kasih mengukir senyuman keluarga Rahman Thomarjo, 61, di Kampung Paya, Layang-Layang apabila menerima kunjungan wakil rakyat dan pemimpin masyarakat setempat.   Pesara tentera kali terakhir berkhidmat di Kem Tebrau yang tinggal bersama enam ahli keluarga tersebut tidak menyangka kediamannya akan diziarahi menerusi program yang […]

JOHOR BINA LALUAN LINTASAN HIDUPAN LIAR PERTAMA

  #IskandarPuteri – Projek laluan lintasan hidupan liar pertama di negeri ini, bakal dibina secara rasmi di jalan utama FT50 menghubungkan Kahang, Kluang dan Mersing, bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta hidupan liar.   Menerusi projek berkenaan, jalan dikelilingi kawasan hutan dan merupakan laluan sempadan antara Hutan Simpan Labis ke Mersing serta Hutan Simpan […]

JOHOR RANGKA SOP GEMPA BUMI PASTIKAN KESELAMATAN WARGA PENDIDIKAN TERJAMIN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) Gempa Bumi merangkumi tindakan pra, semasa dan pasca bencana bagi memastikan tahap keselamatan keseluruhan warga pendidikan sentiasa terjamin.   Beberapa inisiatif tambahan turut akan digerakkan termasuk penghasilan video simulasi keselamatan bagi memberi pendedahan awal kepada murid, guru, mahasiswa dan masyarakat setempat […]

GEMPA BUMI LEMAH TIDAK JEJAS PERSIAPAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

  #JohorBahru – Beberapa siri gegaran akibat gempa bumi lemah yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini, sejak 24 Ogos lalu, tidak menjejaskan persiapan untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Johor 2026.   Semua kempen berkenaan meliputi penganjuran acara, pembangunan infrastruktur dan promosi diteruskan seperti biasa sekali gus mengekalkan keyakinan pelancong serta pelabur terhadap Johor […]