Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

TURUN PADANG BUKTI ILTIZAM MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM

  #Muar – Kunjungan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke seluruh daerah menjadi platform penting menterjemah komitmen merakyatkan perkhidmatan awam dengan mendengar suara hati rakyat dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan secara berkesan.   Langkah diambil Setiausaha Kerajaan Negeri Johor untuk turun padang ke daerah bagi mendengar dan merasai denyut […]

LAWATAN KERJA KE DAERAH JADI GELOMBANG BAHARU TADBIR URUS JOHOR

#Kulai – Lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Ke Daerah-Daerah berakhir hari ini, menterjemah iltizam YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor memperkukuh tadbir urus berlandaskan semangat kebersamaan antara Pegawai Tadbir Negeri Johor serta jabatan dan agensi di negeri ini.   Jelajah selama empat hari yang bermula pada 21 September lalu […]

FOKUS SELESAI ISU RAKYAT SECARA TUNTAS DAN SEGERA

  #Kluang – Kerajaan Negeri komited melaksanakan pelbagai inisiatif secara bersepadu bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat di daerah Kluang secara tuntas dan segera seperti isu konflik hidupan liar, banjir dan hakisan tanah.   Antara inisiatif berkenaan adalah projek baik pulih parit gajah serta pemasangan lampu solar dan pagar elektrik melibatkan peruntukan RM500,000 selain mewujudkan […]

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR MULAKAN LAWATAN KE SELURUH DAERAH

  #JohorBahru – YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor memulakan lawatan kerja ke daerah-daerah selama empat hari bermula hari ini, bagi merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan bersama penjawat awam di negeri ini.   Pengisian lawatan kerja bermula dengan penyerahan geran bantuan berjumlah RM75,000 kepada YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai […]

ENAM PULAU DI MERSING DITUTUP SEMENTARA UNTUK PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN

  #IskandarPuteri – Semua pengusaha resort, chalet, bot pelancong dan ‘island hopping’ serta pusat selam skuba diminta memberhentikan semua aktiviti selam skuba, ‘snorkeling’ dan ‘island hopping’ untuk sementara waktu di enam pulau di perairan Mersing.   YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni Abdullah, Pegawai Daerah Mersing dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan arahan berkuat kuasa serta merta […]

DUA PENERIMA BOMJ KOHORT PERTAMA BERLEPAS KE UK

  #IskandarPuteri – Dua penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) Kohort Pertama Tahun 2023, M. Laxmann dan Lee Chong Min berlepas ke Eropah semalam, untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi terbaik dunia.   Laxmann berasal dari Johor Bahru dan Chong Min dari Batu Pahat yang sebelum ini meraih keputusan cemerlang peperiksaan Antarabangsa Cambridge (A-Levels) […]

ECERDC SOKONG HASRAT JOHOR JADI HAB MAKANAN NEGARA

  #Mersing – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memberi sokongan penuh kepada usaha Kerajaan Negeri Johor untuk muncul sebagai hab makanan di negara ini.   Ia termasuk usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan beberapa projek pertanian yang kini sedang giat dilaksanakan di sebelah Johor Timur termasuk Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV), […]

JDV ANGKAT MERSING SEBAGAI LEMBAH TENUSU JOHOR

  #Mersing – Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dijangka menerima kemasukan lembu tenusu dari Australia secara berperingkat dan beroperasi bermula Oktober ini, yang membuka fasa baharu pembangunan industri tenusu Johor.   Bakal mengangkat Mersing sebagai lembah tenusu Johor, inisiatif itu juga akan menjadikan daerah berkenaan sebagai hab pengeluaran susu segar berdaya saing dan mampu memberi […]

PM PUJI PERTUMBUHAN POSITIF EKONOMI JOHOR, PULANG HASIL KEPADA RAKYAT

  #IskandarPuteri – Pertumbuhan positif dan pesat ekonomi Johor mendapat pujian YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sambil menyifatkan perkembangan tersebut permulaan baik bagi memastikan hasil diraih negeri dapat dinikmati oleh rakyat.   Kerajaan Negeri dilihat bukan sahaja komited menggerakkan kemajuan ekonomi malah turut bersungguh untuk menyeimbangkan pembangunan dengan nilai kemanusiaan melalui inisiatif seperti […]

INISIATIF TAMBAHAN BERI MANFAAT KEPADA GOLONGAN PENDAPATAN KECIL DAN SEDERHANA

  #IskandarPuteri – Empat inisiatif di bawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor diyakini memberi manfaat secara langsung kepada golongan berpendapatan kecil dan sederhana dalam kalangan petani, penternak dan nelayan serta komuniti luar bandar.   Kesemua inisiatif melibatkan peruntukan RM20.56 juta disambut baik dan amat dihargai oleh YB Dato’ Zahari […]