Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

PROJEK LEGASI JOHOR PERKASA WARISAN TENUNAN KAIN BENANG JOHOR

  #JohorBahru – Warisan Kain Benang Johor terus dimartabatkan melalui Projek Legasi Johor, inisiatif Yayasan JCorp bersama Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang membuka ruang baharu untuk memastikan seni tenun tradisional negeri terus hidup, berkembang dan diwariskan kepada generasi pelapis.   Bertemakan ‘Ditenun Legasi, Dipakai Identiti’, projek signifikan ini menzahirkan komitmen Yayasan JCorp untuk melahirkan penenun […]

JMR KEMBALI GEGAR ALMS, MISI TAWAN SEPANG PADA AKSI PEMBUKAAN

  #IskandarPuteri – Johor Motorsports Racing (JMR) kembali ke pentas antarabangsa dengan penyertaan lebih besar dalam Asian Le Mans Series (ALMS) 2025-2026 melalui penampilan dua jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R dalam pusingan pembukaan di Litar Antarabangsa Sepang pada 13 dan 14 Disember ini.   Penyertaan tersebut menyaksikan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, […]

BANTUAN KASIH JOHOR RINGAN BEBAN PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT DUN MACHAP

  #Kluang – Seramai 929 penerima terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara polis, pegawai masjid dan surau, guru al-Quran dan takmir, ketua blok FELDA serta sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap menikmati manfaat Inisiatif Bantuan Kasih Johor, hari ini.   Bagi Mohamad Karim Razali, veteran ATM, menyifatkan […]

YANG DI-PERTUAN AGONG RASMI PUSAT KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

  #JohorBahru – Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan kesihatan negara menerusi penubuhan Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor yang dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Larkin, hari ini.   Pusat kanser khusus bernilai RM500 juta yang akan dikendalikan oleh Precious Hospitals Sdn. Bhd., syarikat penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan […]

PEKAN NANAS MUNCUL SEBAGAI HAB SOKONGAN EKONOMI KEPADA JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melihat Pekan Nanas sebagai antara kawasan strategik dalam pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang memiliki potensi besar untuk dibangunkam sebagai pusat sokongan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan.   Pekan Nanas kini juga tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian, sebaliknya tanah industri di Taman Perindustrian […]

IBTEC MAMPU TARIK RM40 BILION PELABURAN BAHARU

  #JohorBahru – Ibrahim Technopolis (IBTEC) yang dibangunkan oleh JLand Group (JLG) di Sedenak dijangka mampu menarik pelaburan tambahan bernilai RM30 hingga RM40 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang dan keyakinan ini didorong oleh sentimen pertumbuhan pesat permintaan global terhadap pusat data, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital berkapasiti tinggi.   Sehingga kini, […]

MAHARANI FREEPORT PACU ERA BAHARU EKONOMI JOHOR

  #Muar – Johor sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai pelopor pembangunan strategik negara menerusi perasmian Maharani Freeport iaitu pelabuhan bebas cukai tenaga pertama di Malaysia yang direka sebagai hab laut dalam, perkhidmatan tenaga dan maritim yang telah dilancarkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.   Terletak di kawasan strategik […]

PEMANGKU SULTAN JOHOR SERTAI LATIH AMAL TANGANI KRISIS KEGANASAN

  #Kluang – Usaha memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negeri dan negara terus diperlihatkan dengan lebih jelas apabila DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mencemar duli menyertai Latih Amal Ex Railguard 2025 di Stesen Kereta Api Kluang, hari ini.   Keberangkatan Baginda Pemangku Sultan di lokasi latihan berkenaan bukan sahaja memberi suntikan semangat kepada semua […]

JAWATANKUASA KHAS PERKUKUH KERJASAMA JOHOR-SINGAPURA, PACU JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Kerjasama strategik antara Johor–Singapura kini terus diperkukuh apabila Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia–Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) kali ke-17 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini memberi tumpuan kepada penstrukturan semula platform kerjasama dua hala berkenaan.   Mesyuarat yang turut dihadiri YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor itu menyaksikan […]