Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

PAVILION JOHOR SASAR 100,000 PENGUNJUNG

  Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 100,000 pengunjung untuk mengunjungi Pavilion Johor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Tapak Pameran Ekspo Pertanian (MAEPS), Serdang.   Sasaran tersebut disifatkan YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor sebagai sesuatu yang mampu dicapai berikutan sambutan luar […]

BANGLO ‘DICONTENG’ JADI TARIKAN SENI DI KLUANG

  Dahulunya pernah menghiasi majalah Gila-Gila dan Ujang, namun kini telah beralih arah menghasilkan lukisan mural tiga dan empat dimensi (3D dan 4D) yang menjadi daya tarikan pelancong di daerah Kluang.   Biarpun pernah diherdik semasa zaman persekolahan, Zulkifli Dahlan, 57, tidak pernah terfikir hasil karya lukisan menggunakan cat air dan cat mural sebelum disempurnakan […]

IMT-GT LETAK JOHOR DI PETA DUNIA

  Mesyuarat Menteri IMT-GT ke-30 sempena siri mesyuarat Segitiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) menjadi platform unik memperkukuh kerjasama ketiga-tiga negara yang turut melibatkan Johor bagi mengukuhkan sistem ekonomi berdaya tahan.   Penganjuran IMT-GT di Johor juga membawa cerminan potensi dimiliki negeri ini untuk memacu pengurusan sumber dan alam sekitar secara lestari di rantau ini […]

IMT-GT PACU DAYA TAHAN DAN KEMAMPANAN EKONOMI JOHOR

  Kerjasama ekonomi serantau menerusi blok Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dijangka memberi manfaat buat Johor dalam merealisasikan hasrat menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.   Keyakinan tersebut dizahirkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dengan melihat kelebihan kedudukan strategik negeri ini selain memiliki beberapa strategi utama seperti Ibrahim Technopolis (IBTEC) dan Zon Ekonomi […]

JOHOR JADI TUAN RUMAH MESYUARAT IMT-GT

  Johor menjadi tuan rumah bagi pertemuan dan siri mesyuarat Segitiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) selama lima hari bermula 9 hingga 13 September di The Westin Desaru Coast Resort, Kota Tinggi bagi membincangkan jaringan kerjasama ketiga-tiga negara dalam memanfaatkan peluang ekonomi di rantau ini.   Agenda penting melibatkan Forum Ketua Menteri dan Gabenor IMT-GT […]

3 SEKOLAH DITUTUP, KESELAMATAN MURID JADI KEUTAMAAN

  Tiga sekolah di sekitar kawasan Kampung Maju Jaya melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya dan dua sekolah swasta Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan pencemaran bau yang berlaku.   Langkah berkenaan diambil berdasarkan penilaian tahap pencemaran mencerminkan keselamatan dan kesihatan murid […]

TINDAKAN TEGAS MENANTI SI PELAKU

  Kerajaan Johor mengarahkan satu jawatankuasa khas segera ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran di negeri ini agar tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.   Ketegasan terhadap isu pencemaran turut disuarakan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang mahu pihak berkuasa mencari dalang menyebabkan pencemaran di negeri ini sehingga ke lubang cacing. […]

SEMBILAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI JOHOR SEDANG DILAKSANA

  Sembilan daripada sepuluh projek Tebatan Banjir Keutamaan Tinggi (TBBT) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.45 bilion telah mula dilaksanakan manakala satu projek berada di fasa pra pelaksanaan.   Berita baik tersebut dimaklumkan menerusi taklimat khas berkenaan status semasa projek tebatan banjir oleh Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan […]

TINDAKAN BERSEPADU BENDUNG PENCEMARAN BAU

  Kerajaan Johor bertindak pantas bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melalui Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bagi membendung isu pencemaran bau di Sungai Pandan yang dikesan pada Selasa lalu.   Satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) pada semalam dipengerusikan YB Dato’ […]

TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN KUKUH PRODUKTIVITI PERTANIAN

  Jabatan Pertanian Negeri Johor akan terus memainkan peranan penting dalam melahirkan lebih ramai warga petani dalam pelbagai sektor pertanian sekali gus dapat memastikan Johor berada di landasan tepat bagi menjayakan agenda menjadi peneraju sekuriti makanan negara.   Usaha seumpama itu akan terus disokong menerusi inisiatif Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di lima daerah bagi […]