Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

KERAJAAN JOHOR AGIH 5,000 BAKUL MAKANAN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor yang akan memanfaatkan 280,000 keluarga miskin dan kurang berkemampuan dalam kalangan B40 di seluruh negeri ini.   Bagi tujuan itu, sebanyak 5,000 bakul makanan asas meliputi beras, minyak masak, tepung gandum, gula, dan sardin akan diagihkan kepada golongan rentan di semua […]

PASUKAN PETUGAS KHAS TANGANI KESESAKAN TRAFIK DI JOHOR BAHRU

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan bersetuju mewujudkan pasukan petugas khas membincangkan isu kesesakan jalan raya serta penyuraian trafik projek Sistem Rapid Transit (RTS) Link Johor Bahru – Singapura.   Penubuhan pasukan petugas khas itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil. 3/2024 dipengerusikan YAB […]

INOVASI AI PERKASA SEKTOR AWAM JOHOR

  #IskandarPuteri – Dalam era kecerdasan buatan (AI), sektor perkhidmatan awam Johor juga sedang melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan pelbagai inovasi bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan daya saing yang bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dan juga kemajuan Negeri Johor.   Teknologi AI ini diyakini mampu mentransformasi tugas rutin penjawat awam sekali gus membolehkan mereka […]

MPKu TINGKAT USAHA PERKASA KULAI FAST LANE

  #Kulai – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) akan terus melaksanakan langkah strategik dalam usaha untuk memperkasa lagi inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan proses pembangunan dan seterusnya mempelbagaikan prospek pertumbuhan ekonomi di kawasan pentadbirannya.   Selepas berjaya menarik urus niaga pelaburan yang meningkat sehingga 171 peratus atau bersamaan RM40.7 bilion sejak […]

MPP, KLDSB, KEJORA JALIN KERJASAMA STRATEGIK

  #IskandarPuteri – Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) terus mengorak langkah ke hadapan dalam menyokong agenda Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Pengerang sebagai hab ekonomi baharu yang berdaya saing menerusi jalinan kerjasama strategik bersama Kejora Land Development Sdn. Bhd. (KLDSB) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).   Usahasama berkenaan yang melibatkan pemeteraian perjanjian jual beli empat […]

JADUAL PADAT TIDAK HALANG RAIH ANUGERAH

  #BatuPahat – Penglibatan secara aktif sebagai pemimpin mahasiswa tidak menghalang graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk meraih keputusan cemerlang.   Ia dibuktikan Nur Syafiqah Husna Zainul Arshad, 25, yang juga bekas Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Pagoh, Sesi 2021/2022 yang terpilih sebagai penerima […]

JOHOR BUSINESS SCHOOL BERPOTENSI LAHIR GRADUAN BERDAYA SAING

  #BatuPahat – Johor Business School (JBS), pusat pengajian baharu yang diperkenalkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun lalu dilihat mampu membangunkan modal insan berkualiti, holistik dan juga menjalin hubungan lestari bersama komuniti setempat.   Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga Canselor UTHM, bertitah menzahirkan […]

LALUAN BAHARU RANCAK PELANCONGAN DAN EKONOMI

  #IskandarPuteri – Tourism Johor menyambut baik laluan baharu penerbangan terus Batik Air di antara Johor Bahru dengan Bangkok, Thailand bermula Isnin lalu, yang bakal memberikan limpahan manfaat apabila memudahkan akses pelancong dan menawarkan peluang besar dalam aktiviti ekonomi serta pelancongan di negeri ini.   Perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut mampu memperkukuh Zon Ekonomi Khas Johor […]

JOHOR TEROKA PELUANG PELABURAN

  #IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh hubungan ekonomi dan peluang kerjasama strategik dalam sektor teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kecerdasan buatan (AI) menerusi lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Johor ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).   Delegasi Kerajaan Negeri ke Abu Dhabi diketuai YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah mengadakan pertemuan dengan […]

TINDAKAN AWAL PASTIKAN MANGSA BANJIR TERBELA

  #IskandarPuteri – Fenomena peralihan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku lebih awal berbanding kebiasaan hingga mengakibatkan daerah Segamat dilanda banjir ternyata menjejaskan operasi pengurusan bencana yang telah digerakkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat.   Ia berikutan JPBD Segamat yang dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi telah melaksanakan pelan dan langkah awal […]