Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

KWSAB KEKAL JADI PILIHAN PELANCONG

  Usaha Kerajaan Johor untuk memperkenalkan khazanah warisan dan budaya negeri ini terus memperlihatkan hasil apabila jumlah pelawat ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan, sekali gus menjadikannya antara destinasi pelancongan pilihan utama di Johor.   Untuk rekod, jumlah pelawat pada tahun lalu meningkat seramai 70,608 berbanding 5,652 pelawat yang dicatatkan […]

JOHOR MAHU HAPUS JURANG BANDAR DAN LUAR BANDAR

  Kerajaan Johor komited merapat dan menghapuskan jurang kualiti hidup antara bandar dan luar bandar dengan melaksanakan strategi dan objektif dalam usaha mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.   Pelbagai inisiatif sudah dan akan dilaksanakan termasuk mewujudkan peluang ekonomi dan persekitaran yang kondusif supaya setiap lapisan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan.   Kerajaan […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN TIADA ISU KECICIRAN MURID

  Tiada seorang murid yang akan tercicir daripada mendapat akses pendidikan. Itu antara ikrar Kerajaan Johor dalam memastikan tiada pelajar yang keluar dari alam persekolahan sebelum tiba masanya.   Komitmen itu terserlah apabila seramai 342 pelajar sekolah menengah telah berjaya dibawa kembali ke sekolah menerusi program ‘outreach’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) […]

PASTIKAN RAKYAT TIDAK JADI MANGSA

  Kerajaan Negeri memberi jaminan akan terus mempertahankan Dasar Perumahan Johor supaya rakyat tidak menjadi mangsa arus pembangunan pesat terutama dengan kewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka memberi kesan kepada sektor perumahan.   Justeru, semua pihak berkepentingan diajak untuk berganding bahu ke arah menjayakan agenda perumahan mampu milik bagi mencapai matlamat penyediaan rumah […]

PIPC TARIK PELABURAN KOMITED RM139 BILION

  Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) terus menjadi pilihan pelabur apabila merekodkan pelaburan komited berjumlah RM139 bilion dengan RM124 bilion telah direalisasikan pada tahun lalu.   Perkembangan signifikan tersebut juga menyaksikan sebanyak 7,549 peluang pekerjaan berjaya dicipta dengan 6,898 tenaga kerja tempatan menjalani latihan kemahiran dikelolakan Johor Petroleum Development Corporation Bhd. (JPDC) yang seterusnya diterima […]

PROJEK RTB DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL

  Tiga daripada tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.64 bilion telah bermula dan dijangka dapat disiapkan lebih awal berbanding tarikh asal.   Hasil turun padang dan perbincangan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perunding dan kontraktor, jangkaan siap projek RTB Bandar Batu Pahat diawalkan ke Disember […]

INDUSTRI HALAL ELEMEN PENTING JS-SEZ

  Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah memulakan langkah awal termasuk menghubungi Halal Development Corporation Bhd. (HDC) bagi sesi perbincangan untuk meletakkan industri halal sebagai salah satu elemen penting dalam pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terutama HDC merupakan usaha penting untuk […]

JOHOR REKOD PELABURAN DILULUSKAN RM43 BILION

  Negeri Johor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM43.05 bilion dengan 751 projek diluluskan yang telah mewujudkan 19,053 peluang pekerjaan, pada tahun lalu.   Daripada jumlah berkenaan, pelaburan asing langsung (FDI) merekodkan RM31 bilion bersamaan 72 peratus sementara pelaburan domestik langsung (DDI) pula RM12.05 bilion.   Sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak RM28.43 bilion diikuti sektor perkilangan dengan […]

INISIATIF KABIN BANTU ATASI KESESAKAN DI SA PULAI INDAH

  Kerajaan Johor mengambil langkah proaktif menyediakan inisiatif dua kabin tambahan serta kelengkapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mengatasi isu kepadatan murid yang berlaku di Sekolah Agama (SA) Taman Pulai Indah.   Kelengkapan yang kini sudah 90 peratus siap itu dijangka akan memberi keselesaan kepada murid sekolah agama berkenaan untuk menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran […]

PANDUIT CORP LABUR RM160 JUTA BUKA FASILITI DI SENAI

  Peneraju penyelesaian infrastruktur elektrik dan rangkaian global, Panduit Corporation membuka fasiliti pembuatan produk pengikat kabel berkualiti terkini di Senai melibatkan pelaburan berjumlah RM160 juta yang bakal menyediakan 200 peluang pekerjaan kepada Bangsa Johor.   Keputusan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat beroperasi di Negeri Johor menjadi bukti kelebihan dimiliki negeri ini seperti kedudukannya yang strategik, […]