Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

RAGBI LELAKI JOHOR AKHIRI PENANTIAN EMAS 30 TAHUN

  Skuad ragbi Johor merangkul pingat emas selepas mudah menewaskan Terengganu 29-0 dalam perlawanan akhir di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.   Kejayaan tersebut hadir selepas kali terakhir mengungguli sukan ragbi di pentas SUKMA pada tahun 1994 selain turut mengubat kekecewaan sekadar menamatkan saingan di tempat kelima pada edisi sebelum ini.   Ketua […]

“SUKMA BERIKUTNYA, SAYA JUARA” – RENEE

  Atlet lawan pedang Johor, Renee Wan Qing Chan tekad menjadikan pingat gangsa diraih pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sebagai semangat untuk bangkit pada edisi yang akan datang.   Renee yang baru berusia 14 tahun berjanji untuk menukar kilauan gangsa kepada emas dalam acaraj sabre perseorangan wanita pada edisi SUKMA berikutnya selain […]

ZI HAO PASANG IMPIAN KE OLIMPIK

  Atlet lawan pedang Johor, Teh Zi Hao menepati ramalan meraih pingat emas dalam saingan lawan pedang menewaskan Tony Lee dari Melaka, 15-13 pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.   Cemerlang dalam acara kegemarannya, sabre individu lelaki, Zi Hao memasang impian untuk beraksi di pentas […]

ASYRAAF TEKAD RAIH PINGAT UNTUK ARWAH IBU

  Atlet pelayaran Johor, Asyraaf Mokhtar bertekad menghadiahkan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat arwah ibunya, Rosmawati Md Yusuf yang meninggal dunia awal tahun ini.   Membuat penampilan ketiganya di pentas SUKMA, atlet berusia 21 tahun itu menyifatkan arwah ibunya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang sejak berkecimpung dalam sukan […]

SKUAD SOFBOL WANITA JOHOR INTAI PINGAT EMAS

  Pasukan sofbol wanita Johor berjaya menempah slot ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 14-3 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri.   Persembahan cemerlang Johor terserlah apabila berjaya mengutip enam mata di innings pertama, tujuh mata di innings kedua dan satu mata di innings ketiga […]

JOHOR TERIMA PELABURAN PERANTI PERUBATAN BERNILAI RM1 BILION

  Insulet Corporation, syarikat peneraju global dalam teknologi pengurusan diabetes merealisasikan pembangunan fasiliti pembuatan baharu dinamakan Omnipod 5 di Kawasan Perindustrian SiLC, Iskandar Puteri sekali gus menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat tersebut dan juga bagi sektor peranti perubatan yang semakin berkembang.   Melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM1 bilion atau AS$200 juta, pembinaan fasiliti Insulet […]

JOHOR SASAR 20 SYARIKAT MELABUR DI BAWAH ZON EKONOMI KHAS

  Kerajaan Negeri menyasarkan kira-kira 20 syarikat terkemuka bagi membuat pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi merangsang pembangunan ekonomi dan mencipta ratusan ribu peluang pekerjaan kepada Bangsa Johor selain menghadirkan kesan berganda terhadap ekonomi setempat.   Sasaran tersebut juga dibuat bagi memperkukuh nilai rantaian bekalan seterusnya mengisi jurang tenaga mahir dalam negeri dan […]

MERAIKAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT ORANG ASLI JOHOR

  Bagi memperkenal serta mempromosikan kepelbagaian budaya Orang Asli kepada masyarakat, Karnival Kebudayaan Orang Asli Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 bakal diadakan pada 17 dan 18 Ogos ini di Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi.   Selain itu, karnival berkenaan menjadi platform untuk melahirkan masyarakat berbudaya, memahami sejarah dan identiti bangsa serta mengumpul dan […]

JOHOR CADANG LETAK FOREST CITY DI BAWAH ZON EKONOMI KHAS JOHOR-SINGAPURA

  Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi memperkukuh hubungan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.   Lokasi Forest City yang strategik serta perancangan bersesuaian dengan naratif asal pembangunannya menjadi faktor ia dipilih sebagai lokasi pelaksanaan SFZ selain cadangan bagi meletakkanya di […]

MENCORAK MASA DEPAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM JOHOR

  Dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di pusat bandar Johor Bahru, Kerajaan Negeri dicadang mengambil pendekatan komprehensif bagi menyokong penggunaan perkhidmatan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dijangka beroperasi pada tahun 2027.   Bagi Dr. Safizahanin Mokhtar, Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti […]