Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

YAYASAN JCORP BANTU PELAJAR PERKASA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

  SEBANYAK 22 sekolah rendah dan sekolah menengah dari seluruh negeri ini menyertai pertandingan ‘Choral Speaking’ anjuran Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang telah berlangsung pada hujung September lalu.   Ketua Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman memberitahu penglibatan pihaknya di dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris telah […]

SERTAI JOHOR BERSIH, PERANGI DENGGI : EXCO KERAJAAN NEGERI

  “SAYA menggalakkan Bangsa Johor menyertai program Johor Bersih yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri supaya kita bersama-sama memastikan kebersihan negeri kita,” seru Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.   Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan situasi semasa wabak penyakit denggi di Negeri Johor yang mencatatkan penurunan sebanyak 6.4 peratus pada Minggu Epid […]

SITUASI JEREBU DI JOHOR TERKAWAL

  JABATAN Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor memaklumkan keadaan jerebu di negeri ini, berada dalam keadaan terkawal berikutan tiupan arah angin yang tidak menghala ke Negeri Johor.   Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd Famey Yusoff memaklumkan situasi jerebu telah menunjukkan trend penurunan pada hari ini, memandangkan hanya satu stesen pengawasan kualiti udara automatik iaitu […]

JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR GARISKAN USAHA TINGKAT HASIL PADI

  KERAJAAN Johor sememangnya memiliki perancangan menjadikan kawasan tanaman padi sedia ada di negeri ini, sebagai tumpuan dalam meningkatkan hasil pengeluaran selain mewujudkan kawasan sawah baharu bagi menjayakan agenda Periuk Nasi Selatan agar dapat menyumbang kepada kestabilan sekuriti makanan untuk tempoh jangka masa panjang.   Bagi menyokong agenda tersebut, Jabatan Pertanian Negeri Johor menggariskan lima […]

STESEN ‘SUPERCHARGER’ TESLA KINI DI JOHOR

  NEGERI Johor menjadi lokasi kedua rangkaian stesen ‘Supercharger’ Tesla selepas Pavilion, Kuala Lumpur bagi pemilik kenderaan elektrik (EV) tersebut menikmati pengalaman pengecasan yang pantas dan lancar.   Terletak di lokasi strategik menghubungkan Malaysia dan Singapura iaitu Sunway Big Box, Iskandar Puteri, stesen itu menyediakan empat pengecas yang berupaya mengecas kenderaan Model Y keluaran Tesla […]

PESAWAH, PENGILANG SAMBUT BAIK CADANGAN MENTERI BESAR

  KESEDIAAN Johor menawarkan tanah untuk mengusahakan kawasan penanaman padi sekali gus membantu kerajaan dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan beras disambut positif.   Bagi Abdul Rahim Husin, 56, memberitahu negeri ini mempunyai potensi bagi meningkatkan hasil tuaian padi dan usaha tersebut sememangnya memerlukan kawasan penanaman baharu.   “Selain kawasan baharu, peruntukan secukupnya untuk menaik […]

MAINJ KONGSI REZEKI DENGAN LIMA SEKOLAH

  Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menghulurkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada lima buah sekolah terpilih di negeri ini, sebagai sebahagian daripada program Kongsi Rezeki.   “Alhamdulillah dengan adanya bantuan yang diberikan ini membolehkan kami membantu anak-anak di sekolah kami untuk mengikuti kelas-kelas tambahan dan juga untuk kami menyediakan makanan berkhasiat secukupnya,” ujar Pengetua SMK […]

BELIA PERLU BERGERAK SEIRING ASPIRASI KERAJAAN NEGERI – MENTERI BESAR

  “Golongan belia diingatkan supaya sentiasa cakna, menyokong dan bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan khususnya Kerajaan Negeri pada hari ini agar boleh memanfaatkan setiap peluang yang telah ditawarkan,” seru YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.   Seruan itu dibuat oleh beliau menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakil rasminya, YB Mohd Hairi Mad […]

KPDN JOHOR SAHKAN TIADA ISU KEKURANGAN BEKALAN DI PASIR GUDANG

  KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengesahkan bekalan barang keperluan seperti gula, minyak masak, tepung dan telur masih ada malah mudah diperolehi di sekitar Pasir Gudang selepas mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dengan melakukan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa pasar raya. Dalam satu kenyataan, KPDN Johor memaklumkan pemantauan dan pemeriksaan […]

JDT MAMPU CIPTA KEJUTAN

  Menjelang aksi pembuka tirai Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 pada malam ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada dalam Kumpulan I dan bakal berhadapan dengan kelab dari Jepun, Kawasaki Frontale memiliki peluang untuk meraih kemenangan sebagai ‘tonik’ bagi mengharungi kempen kejohanan di peringkat Asia ini. Pasukan kendalian Esteban ‘Tano’ Solari dilihat mempunyai pakej lengkap […]