KHUTBAH JUMAAT MESRA OKU PENDENGARAN MULA DILAKSANAKAN
Penyampaian khutbah Jumaah mesra golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran buat pertama kalinya mula dilaksanakan di Negeri Johor bertempat di Masjid Taman Impian Emas, Skudai, hari ini. Bagi membolehkan golongan tersebut memahami isi kandungan khutbah disampaikan sama seperti jemaah lain, seorang jurubahasa isyarat ditugaskan di ruang khas yang disediakan di masjid berkenaan. […]
