Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

MEMACU RENGGAM KE ARAH BANDAR SATELIT

  #Kluang – Bandar Renggam bakal berubah wajah menjadi sebuah bandar satelit yang memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan memacu Kluang untuk muncul sebagai antara daerah paling pesat membangun di Johor.   Usaha berkenaan didorong oleh kemasukan pelabur berserta pelbagai projek berimpak tinggi ke negeri ini, terutama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang membuka […]

RM216 JUTA DIRANCANG UNTUK AGENDA PERUMAHAN DALAM BELANJAWAN JOHOR 2026

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) sentiasa komited dalam memperkasakan agenda perumahan negeri bagi merealisasikan impian rakyat memiliki rumah sendiri.   Komitmen PKPJ sebagai tulang belakang kepada pelaksanaan pelbagai dasar perumahan Kerajaan Negeri Johor itu merangkumi pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), Rumah Kasih Johor (RKJ), Rumah Prihatin Johor […]

KEMAJUAN PROJEK NAIK TARAF TERMINAL LARKIN SENTRAL CAPAI 52 PERATUS

  #IskandarPuteri – Status kemajuan projek menaik taraf Terminal Larkin Sentral bagi meningkatkan imej sebagai terminal bas utama Johor Bahru bernilai RM2.5 juta daripada peruntukan Kerajaan Negeri kini mencapai 52 peratus, mendahului jadual asal 48 peratus dan dijangka siap pada September ini.   Projek yang bermula sejak 8 April lalu itu melibatkan kerja-kerja pembinaan bumbung […]

JOHOR HARGAI SUMBANGAN PEMAIN INDUSTRI PERTANIAN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen pemain industri pertanian sebagai tunjang utama kepada kejayaan sektor berkenaan menyumbang 17.3 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan pertumbuhan 4.2 peratus pada tahun lalu.   Kecekalan dan dedikasi dicurahkan telah mengukuhkan lagi kedudukan Johor selaku peneraju sektor pertanian negara selain menjadi pemangkin penting ekonomi negeri sehingga […]

JOHOR CATAT KDNK 6.4 PERATUS, TERTINGGI DALAM NEGARA

  #IskandarPuteri — Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai kuasa ekonomi utama negara apabila mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi pada tahun 2024 iaitu 6.4 peratus, mengatasi purata nasional sebanyak 5.1 peratus.   Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai KDNK Johor mencecah nilai RM158.0 bilion iaitu meningkat berbanding RM148.6 bilion […]

PEJABAT OPERASI JTDC SIAP 99 PERATUS

  #IskandarPuteri – Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bakal beroperasi di pejabat sendiri tidak lama lagi dengan persiapan pejabat terletak di Medini 9, berjalan lancar mengikut jadual dan kini sudah mencapai tahap 99 peratus.   Menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan dan merapatkan jurang antara institusi pendidikan serta pihak industri, persediaan […]

JOHOR MOTORSPORTS RACING BERJAYA HARUNGI PERLUMBAAN CABARAN 24 JAM SPA-FRANCORCHAMPS

  #IskandarPuteri – Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menamatkan perlumbaan lasak 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium antara perlumbaan paling mencabar dalam dunia sukan permotoran.   Jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R dipandu YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan […]

WAKTU OPERASI SISTEM RTS LINK AKAN DIKAJI

  #Singapura – Kementerian Pengangkutan akan menjalankan kajian terperinci untuk menentukan waktu sesuai pengoperasian Sistem Rapid Transit (RTS) Link Johor Bahru – Singapura bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang apabila beroperasi kelak.   Kajian berkenaan mengambil kira keperluan pengguna utama khususnya kumpulan pekerja harian dari Johor yang memulakan perjalanan ke Singapura seawal jam 5 pagi untuk […]

KERAJAAN JOHOR PERUNTUK RM4.6 JUTA PERKASA KEBAJIKAN WARGA FELDA

  #KotaTinggi – Kerajaan Johor menunjukkan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan lebih 200,000 warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di negeri ini menerusi inisiatif berjumlah hampir RM4.6 juta demi kesejahteraan peneroka dan generasi kedua di tanah rancangan.   Peruntukan signifikan tersebut meliputi pelbagai inisiatif termasuk bantuan bakul makanan bernilai RM100 yang dijangka memanfaatkan kira-kira 27,642 […]

24 JAM SPA-FRANCORCHAMPS BAKAL UJI TUNKU PANGLIMA JOHOR DAN TUNKU PUTERA JOHOR

  #IskandarPuteri – YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor akan menggalas cabaran di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium.   Mewakili Johor Motorsports Racing (JMR) sebagai pasukan tunggal dari Malaysia, paduka anakanda KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan […]