Entries by Badrul Kamal Zakaria

EMPANGAN RM200 KURANGKAN IMPAK BANJIR TERMENUNG

  BATU PAHAT — Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap kesukaran yang terjadi akan mendorong seseorang individu untuk berfikiran kreatif dan kritis bagi mengatasi tempoh kesukaran yang dihadapi. Itulah yang dihadapi oleh Pensyarah dan Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ts Dr Nor Azizi Yusoff yang turut terkesan dengan bencana banjir […]

PUSAT PENGAJIAN KEJORA PERKASA TVET

  ISKANDAR PUTERI — Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) perlu mempunyai pusat pengajiannya tersendiri. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan badan berkanun terbabit memperkasakan sektor pendidikan dan latihan vokasional (TVET) dan seterusnya dapat membangunkan modal insan terutama di kawasan di bawah kelolaannya. “KEJORA […]

REZEKI BANJIR

  TANGKAK — Dalam susah ada senang dan setiap musibah yang berlaku pasti hikmah yang berselindung disebaliknya tanpa disangka. Itulah realiti yang berlaku di Felda Sri Jaya apabila bencana banjir akibat limpahan air dari Sungai Muar turut memberikan rezeki yang tidak disangka apabila banjir yang berlaku di sekitar ladang sawit di situ memberikan rezeki yang […]

TMJ KECEWA ADA PASUKAN ‘KEDEKUT’ JAGA PADANG

  ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan rasa dukacita baginda apabila mendapat maklumat terdapat pasukan tidak mahu mengeluarkan wang bagi penjagaan padang di stadium. DYAM Tunku Ismail bertitah,  perkara itu adalah dapatan daripada hasil penyelidikan yang dilakukan oleh baginda sendiri sebelum ini.  “Saya ingin memuji inisiatif […]

KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA UTHM BEROPERASI SEBAGAI PPS

  BATU PAHAT — Kolej Kediaman Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini beroperasi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas sekitar kawasan Parit Raja, Batu Pahat. Dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya, UTHM berkata PPS terbabit akan diketuai oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UTHM, Prof Madya […]

CHE’ PUAN BESAR BERANGKAT KE RKK MINI ULU TIRAM, TASKA ANAK PERMATA CERIA

  ISKANDAR PUTERI — YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam hari ini berangkat ke Rumah Kanak-Kanak (RKK) Mini Ulu Tiram dan Taska Anak Permata Ceria Menara MBJB. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa’ Ismail, berkata pada keberangkatan itu YAM Che’ Puan Besar Khaleeda turut mengurniakan hadiah kepada kanak-kanak di […]

ISU KELIBAT BUAYA PARIT JAYUS PALSU

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor malam ini mengesahkan isu kelibat buaya yang dikatakan berlaku di Kampung Parit Jayus, Seri Medan, Batu Pahat dekat sini adalah palsu. Ketua Zon 3 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II Siti Hajar Sanusi, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kehadiran reptilia berbahaya […]

MORATORIUM UNTUK MANGSA BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pemberian moratorium sekurangnya tiga hingga enam bulan kepada mangsa Johor. Onn Hafiz membuat permohonan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan supaya inisiatif itu akan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa […]

PERDANA MENTERI MINTA BANTUAN BANJIR DIOPERASIKAN DENGAN SEGERA

  SEGAMAT — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan lawatan kerja dan menyantuni mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Kampung Tengah, Segamat. Lawatan tersebut diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi melihat sendiri situasi dan keadaan […]

PROJEK RTB AKAN DISEGERAKAN

    SEGAMAT — Kerajaan akan menyegerakan beberapa projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) termasuk di negeri Johor bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku setiap tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan projek RTB sebelum ini ditangguhkan seketika kerana ia perlu melalui proses tender bagi mengelakkan ketirisan yang boleh menjejaskan tahap kewangan negara. […]