JOHOR TERIMA 9.14 JUTA PELANCONG
ISKANDAR PUTERI — Negeri Johor telah menerima kedatangan seramai 9.14 juta pelancong sejak April 2022 sekali gus menunjukkan sektor pelancongan di Negeri ini kembali rancak selepas ‘lumpuh’ seketika akibat pandemik Covid-19. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia secara tidak langsung menjadi jumlah kehadiran pelancong tertinggi berbanding negara Asean yang lain. […]